Netizen Geli Hati Tengok Cubaan Murid Perempuan Menculik Kucing di Sekolah Gagal, Siap Nak Seludup Dalam Beg!

Bagi kita yang pencinta kucing, tak kira kanak-kanak mahupun dewasa, pasti ‘pantang’ bila melihat si bulus comel melintas di hadapan kita ketika berada di luar.

Iospital phone repair gombak

Kecomelan kucing ada kalanya membuatkan kita rasa seperti ingin membawa mereka pulang bersama kita.

Samalah seperti kisah murid perempuan yang tular baru-baru, membuatkan ramai pengguna media sosial boleh relate!

Menerusi video yang dikongsikan oleh ibu kanak-kanak ini di TikTok, @maisarahzaidee, puterinya baru sahaja masuk ke pagar sekolah.

Namun, sebaik sahaja melihat kucing putih bertompok jingga atau sering dipanggil oyen oleh orang kita, dia terus cuba menangkap si bulus tersebut!

Murid yang mengenakan pakaian sukan itu dilihat semakin lincah apabila kucing yang cuba diculiknya meronta-ronta ingin melarikan diri.

Mana tidaknya, kucing yang ingin diambil itu bukanlah anak kucing tetapi kucing dewasa berbadan besar!

Tidak cepat mengalah, dia turut ingin memasukkan si kucing ke dalam beg galasnya yang berwarna biru.

Pun begitu, tidak lama kemudian, kucing berkenaan pantas berlari dan berjaya meloloskan diri meskipun dikejar oleh murid itu.

Semenjak beberapa hari video berbaur lucu itu dimuat naik, jumlah tontonannya kini telah berjaya mencecah sehingga 145.1 ribu serta meraih sebanyak 9381 tanda suka!

Ketika menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya meninggalkan respons terhibur melihat gelagat si cilik yang gigih ingin memasukkan kucing ke dalam beg galasnya.

Yang lebih lucu, netizen sempat berseloroh mengatakan dalam kawasan sekolah pun sudah tidak selamat kerana ada ‘penculik’ kucing.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“Dulu aku gini arh tapi culik anak kucing. Senang sumbat dlm beg😂”

“jgn gini dik😂”

“kes penculikan gagal 😭😂”

“😂😂😂kalau anak kucing tahan jgk dik..ni pak kucing dah ni”

“Dlm sekolah pn bahaya , ada penculik 😹”

“Kau memang rare dik”

“adik kalau nak culik kena umpan wetfood dik 😆”

Video yang tular di laman TikTok

@maisarahzaidee Apeni soyaa 🤦🏻‍♀️ #kasihiautism #autismgirl ♬ original sound – Terpaling Majikan | Onies