“Nasib ada tinggal notis..” Terkejut Kereta Tiba2 Hilang, Rupa-Rupanya…

Sebagai pengguna jalan raya yang berhemah, kita hendaklah sentiasa mematuhi peraturan jalan raya yang telah ditetapkan.

Iospital phone repair gombak

Misalnya, undang-undang parkir kenderaan yang sering berlaku sehingga menganggu kenderaan yang menggunakan laluan tersebut dan mengganggu orang awam yang berdekatan.

Begitu juga dengan kisah yang dikongsikan di laman TikTok baru-baru ini yang mengisahkan seorang lelaki terkejut selepas mendapati keretanya hilang telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @aziemafiq itu, lelaki tersebut dapat dilihat sangat terkejut apabila keretanya itu hilang setelah ‘diangkut’.

Apa yang ditemukan hanyalah notis surat saman daripada pihak berkuasa yang ditampalkan di ‘pole’ kuning iaitu lokasi terakhir dia meletakkan keretanya.

Dan, disebabkan itu keretanya telah pun ditunda oleh Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) atas kesalahan parkir di tempat yang tidak dibenarkan.

“Hahaha kereta hilang.

“Nak balik macam mana ni?” tulisnya di dalam ruangan video tersebut.

‘Update’ daripada video tersebut, Aziem pun pergi ke lokasi keretanya dan melakukan tuntutan bagi mendapatkan keretanya semula.

Difahamkan, dia ‘kena ceramah’ dahulu dan dikenakan kompaun RM 150 sebelum mendapatkan keretanya.

“Okay ini part 2 nya . Bnda RM 150 jer . Relax la 🤣,” tulisnya lagi di ruangan kapsyen video berkenaan.

Menjengah di ruangan komen, warga netizen meluahkan rasa terhibur melihat aksi lelaki itu yang terkejut setelah mendapati keretanya itu hilang secara tiba-tiba.

Ada juga individu yang berkongsikan pengalaman mereka yang lebih kurang sama dengan nasib Aziem.

Antara komen netizen:

“next time parking tgh jalan raya tu je bang.. lg senang jln kje😂😂”


“Untung ada resit dia tglkan.. yg aku tetbe hilang.. mula2 ingat kena curi.. sekali ada akak tegur cakap kete kena tarik dgn mbpj”

“Aq pernah do banggg tak sampai 5minit Nak hantar mak gi klinik…HILANG AQ DAH GELAK DAH PASTU SEDIHHH 🤣🤣”

“Aku kena juga haritu bro! Menangis aku tepi jalan. Sebab aku ingat kena curi, last2 ada brader grab cakap mbsa tarik. Kau untung dia tampal surat 😭”

Video TikTok yang tular:

@aziemafiq Aku nak balik mcm mana ni ? #fyp ♬ original sound – Aziem Afiq