“Nampak selesa” Gelagat Warga Asing Pakai Baju Pandu Puteri Buat Ramai Terhibur

Ketika di bangku sekolah, pasti kita akan memilih aliran Unit Beruniform masing-masing bukan? Malah setiap pelajar kelihatan sangat kemas mengenakan uniform khas seperti Kadet Polis, Persatuan Bulan Sabit Merah, Puteri Islam, Pandu Puteri, Pengakap, Bomba dan banyak lagi.
Iospital phone repair gombak
Pelbagai Ilmu dan kemahiran yang dapat dipelajari oleh murid berdasarkan aliran unit beruniform yang diambil.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki dipercayai warga asing memakai pakaian unit beruniform mirip Pandu Puteri mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @cecoofjenggo, kelihatan lelaki tersebut sedang duduk sambil membuat panggilan telefon di tempat awam.


Namun apa yang membuatkan ramai terhibur adalah dia selamba memakai baju uniform pandu puteri dan netizen beranggapan mungkin lelaki tersebut tidak tahu dan menyangka ianya adalah kemeja biasa.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet geli hati malah sempat berseloroh mengatakan mungkin lelaki itu baru pulang dari sekolah atau melepak selepas aktiviti kokurikulum.

“Suruh diaa pakaii hari rabu je, hari lain jangan”- Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga yang beranggapan mungkin baju tersebut dibeli di ‘bundle’ ataupun disedekahkan oleh orang lain.

Antara komen warga maya:

“Dia ketua kepada pandu puteri..”

“Orang sedekah dekat dia tu.. dia mana tahu seragam sekolah..”


“Kesiannya mesti orang sedekah baju ni dekat dia”

“Sah ponteng koko ni”

“Ada juga ternampak yang pakai baju tshirt puteri islam hahahaha”

“Beli kat bundle lah ni”

“Sebab tu orang kata hati2 kalau beli baju bundle.. takut jadi baju macam ni lah..”

“Cian dia takpelah janji dia selesa”


Video yang tular di laman TikTok:

@ceoofjenggo #viralvideo #fypdongggggggg #masukberanda #fypage #fypシ゚viral #bantufyp #viraltiktok #foryoupage #fyppppppppppppppppppppppp #viral #viral_video #fyp #funny #funnyvideos ♬ original sound – CEOofJenggo

Ketika artike ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.1M tontonan, 73.0K tanda suka, 5302 komen, 4282 simpanan dan 5366 perkongsian di applikasi TikTok