Myvi Kuning Tiba-Tiba Tukar Laluan, Rider Patah Leher & Retak Kepala

Seperti yang kita tahu, lebuhraya merupakan kawasan sibuk yang sering kali terjadinya perkara yang tidak diingini.

Selain berebut lane, pengguna lebuhraya juga terpaksa berhadapan dengan bermacam-macam jenis perangai pemandu yang mungkin akan mendatangkan bala.

Jumaat lalu, kes kemalangan melibatkan seorang pemandu Myvi dan penunggang motosikal dipercayai berlaku di MRR2 Ampang (simpang PPR Hiliran), jam 2.07 tengah hari.

Menurut video yang dikongsi oleh Hamirul Hafizul, rider menunggang motosikal di lorong tengah sebelum terkejut dan terjatuh akibat dilanggar pemandu Myvi tersebut.

Disebabkan kereta dipandu dengan laju, rider dikatakan cedera parah sehingga patah leher serta mengalami keretakan dan pendarahan di bahagian kepala.

Kejadian dipercayai berlaku berpunca daripada Myvi kuning yang tiba-tiba menukar laluan daripada lorong kanan ke lorong kiri melalui lorong tengah secara tiba-tiba.

Rider yang menunggang di lorong tengah terkejut secara tidak langsung hilang kawalan menyebabkan kemalangan antara dua kenderaan tersebut berlaku.

Menurut sumber lagi, pemandu Myvi dikatakan membuat laporan mengatakan dia bertindak menukar lorong secara tiba-tiba kerana terkejut ada sebuah kereta memotong secara melulu di hadapan.

Namun kereta yang dimaksudkannya itu gagal dilihat melalui rakaman dashcam motor mangsa.

Walau bagaimanapun, orang ramai yang mempunyai keterangan lanjut berkenaan kemalangan diminta tampil untuk memberi maklumat kepada Pijo di talian 014-5169625 bagi membantu proses siasatan.

Video yang tular di Facebook:

“Mohon sape2 yg ada nampak kejadian excident di MRR2 Ampang (simpang PPR Hiliran) tadi untuk tampil bagi maklumat..

“Myvi kuning buat report bgtau dia terkejut tu sebab ada kereta (VCT2525) potong secara melulu masuk lane dia, sebab tu “dia tukar lane secara tiba2”..

“Kalau bro pijo tgok mmg nk pancung masuk simpang tu terus.Apa2 pun doakan smua ayie selamat.. Patah leher, kepala retak & ada bleeding dekat kepala..

“P/S: ada ramai bgtau rider bwak laju, speed dia start video 60km/h- 80km/h.. Part dia x tekan brek sebab dia expect myvi nk masuk lane tengah sahaja ataupun sebab gelabah.

“Rider bkn jatuh sebab elak, tapi jatuh excident sebab kena langgar Kereta Myvi tersebut di lane paling kiri sekali..

“Apa2 boleh hubungi no bro pijo terus 0145169625. (dh ada lawyer utk uruskan case).”