Musim Panas Kipas Slow, Lihat Bagaimana Kipas Tidak Berhabuk Selama Sebulan Hanya Dengan 2 Bahan

Berdasarkan laporan kaji cuaca, musim panas sering melanda negara kita. Dengan kepesatan ekonomi, cuaca panas sering melanda negara kita beberapa tahun kebelakangan ini.

Ekoran dari terbinanya pelbagai saiz dan ketinggian bangunan-bangunan pencakar langit di negara kita, maka semakin berkuranglah tumbuhan hijau yang menghiasi bumi Malaysia ketika ini.

Rentetan dari kekurangan tumbuhan hijau di negara kita, cuaca panas sering melanda negara. Musim kemarau kini telah berubah tidak seperti sebelum ini yang mengikut turutan.

Kini, kipas angin ataupun alat penghawa dingin merupakan salah satu keperluan dalam setiap rumah di Malaysia ketika ini. Bagi mereka yang menjadikan kebersihan perkara pertama dalam menjalani kehidupan harian mereka.

Apabila cuaca panas, kipas merupakan salah satu produk yang dipenting yang perlu ada di rumah setiap keluarga.

Tidak semua orang mampu memasang alat penghawa dingin dirumah kerana kosnya yang agak mahal da menjadikan ianya tidak relevan untuk kegunaan semua.

Oleh itu, kipas antara elemen penting dalam mengekalkan suhu rumah. Jadi penjagaan kipas juga penting untuk mengekalkan kipas boleh berfungsi dengan baik.

Jika kipas anda tidak diselenggara denga betul, lama-kelamaan ia akan mempengaruhi prestasi kipas tersebut.

Oleh itu pada ruangan kali ini, kita akan berkongsi bagaimana cara mencuci kipas dengan bersih dan anda tidak perlu lakukannya setiap hari. Mari lihat apakah rahsia habuk tidak melekat pada kipas.

RAHSIA HABUK TAK MELEKAT PADA KIPAS

Anda akan mengalami situasi dimana anda tidak berpuas hati apabila baharu sahaja membersihkan kipas tetapi dah berhabuk kurang dari seminggu

Langkah ini merupakan cara yang mudah untuk anda lakukan jika kipas dirumah anda sudah kelihatan perlahan dan memerlukan jagaan rapi.

Korang buat supaya habuk tak lekat dah pada bilah dan jaring kipas”Ini bukan omogan kosong, kerana tip ini mendapat ribuan perkongsian ketika itu.

Antara alatan yang perlu isediakan adalah pelembut fabrik dan cuka masak yang anda boleh ambil dari dapur anda sekarang.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Pelembut fabrik
  • Cuka masak
  • Air

Cara-cara menghilangkan habuk di kipas adalah seperti berikut:

  1. Bukak bilah dan jaring kipas, kemudian bersihkan bilah kipas dan jaring kipas seperti biasa

2. Campurkan cuka makan, pelembut pakaian dan air ke dalam bekas lain. Anda boleh membuat campuran mengikut nisbah 1:1:1 pada setiap bahan tadi.

3. Selepas itu, kacau campuran tadi sehingga sebati dan anda boleh masukkan campuran itu ke dalam botol yang berspray untuk lebih mudah dan senang untuk melakukan proses penyemburan.

4. Anda bolehlah menyembur campuran tadi pada jaring dan bilah kipas.

5. Pastikan penyemburan ccecair tadi rata keseluruh kawasan bilah dan jaring. Biarkan selama 5 minit dan boleh lap menggunakan kain lembab.

6. Kemudian, anda boleh keringkan dan selepas itu kipas tadi boleh digunakan tanpa habuk yang melekat pada bilah dan jaring kipas.

7.Anda boleh mengulangi langkah tadi  2 hingga 3 bulan sekali untuk hasil kipas yang memuaskan.

Semoga perkongsian pada kali ini memberi sedikit pandangan dan manfaat kepada semua. Jangan lupa untuk mencuba tip kebersihan kali ini. Selamat mencuba!