“Muka sebelah kanan lumpuh” Sarat Hamil 38 Minggu, Faye Kusairi Kena ‘Bell Palsy’ Ketika Gosok Gigi

Pelakon popular Faye Kusairi meluahkan rasa syukur selepas ditahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur sejurus mengalami Bell Palsy pada Jumaat lalu.

Menerusi laman Instagram, Faye berkongsi perkara tersebut dimana dia mengalami kejang otot pada muka sebelah kanannya ketika sedang menggosok gigi.

Faye kini sedang berehat di kediamannya selepas dibenarkan pulang pada Ahad.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@fayekusairi)

“Alhamdulillah saya sudah dibenarkan pulang. Saya dimasukkan ke hospital sepanjang hujung minggu apabila disahkan mengalami Bell Palsy pada pagi Jumaat ketika sedang menggosok gigi.

“Saya masih belum pulih sepenuhnya tetapi dalam progres. Separuh muka sebelah kanan saya paralysed (lumpuh) sejak Jumaat dan saya menjalani rawatan bersama neurologis, ia semakin pulih.

“Sekarang saya sudah boleh menggerakkan otot wajah saya sedikit sebanyak. Syukur Alhamdulillah,” katanya.

Dalam pada itu, Faye kini sedang menanti hari untuk bersalin memandangkan usia kandungannya sudah mencecah 38 minggu.

“Jadi, sekarang saya teruskan berehat di rumah dan usia kandungan saya sudah 38 minggu. Pada masa sama saya meneruskan rawatan Bell Palsy di rumah.

“Mohon doakan kesihatan saya diteruskan dengan baik dan dipermudahkan,” tambahnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@fayekusairi)

Bell’s Palsy merupakan satu  penyakit yang membabitkan kerosakan pada satu saraf muka iaitu ‘facial nerve’.

Situasi itu berlaku apabila otot yang mengawal ekspresi wajah tidak berfungsi dengan normal akibat kecederaan atau gangguan saraf muka.

Ramai selebriti ternama dikaitkan dengan penyakit ini seperti Slyvester Stallone, Pierce Brosnan, Angelina Jolie, George Clooney, Rano Karno, Nita Thalia dan Sam Bailey (Pemenang X Factor 2013).

Rata-rata netizen mendoakan kesihatan Faye dan dipermudahkan usrusannya untuk bersalin nanti.