“Meremang tengok” Pelajar Perempuan Ditemui Atas Pokok Dipercayai Dirasuk, Rupanya Dah 3 Kali Kena!

Kewujudan makhluk halus sememangnya tidak dapat kita sangkalkan. Ada yang mampu menunjukkan sosok tubuhnya dan ada juga yang hanya memberikan ‘hint’ untuk memaklumkan bahawa mereka ada berdekatan dengan kita.
Iospital phone repair gombak
Sering kali kita dengar, ada yang berikan hint melalui bau-bauan, melalui mimpi, dengar bayi menangis, guli yang jatuh, bunyi tapak kaki dan sebagainya malah ada juga yang memberikan hint dengan mengalih-alihkan barang di sekitar mereka.

Lebih seram, dikatakan makhluk halus ataupun jin juga boleh merasuk atau masuk dalam badan manusia bahkan telah banyak isu histeria tular di media sosial.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pelajar perempuan dipercayai dirasuk makhluk halus sehingga mampu memanjat pokok tinggi mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Andre Li di Instagram, kelihatan seorang gadis memakai baju putih bertudung hitam memukul kepalanya sendiri dan dipercayai kejadian itu berlaku di Tabalong, wilayah Kalimantan Selatan, Indonesia.

Bagi membantu pelajar tersebut, orang ramai yang menyaksikan situasi itu menyuluh lampu suluh ke arah gadis berkenaan sementara dua orang lelaki yang lain memanjat pokok untuk membawanya turun.

Difahamkan, pelajar perempuan itu sudah tiga kali dirasuk makhluk halus. Malah sebelum kejadian, si bapa sudah mencari mangsa sekitar pukul 10 malam (waktu tempatan), namun gagal menemuinya.

Sekadar info, gadis berkenaan dikatakan sudah kembali normal pada keesokan harinya dan sudah dibawa pulang oleh keluarganya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen akui meremang melihat kejadian seperti itu malah gerun kerana bimbang wanita itu terjatuh dari pokok yang tinggi itu.

Bukan itu sahaja, netizen juga menghembuskan nafas lega apabila mengetahui tiada kecederaan yang serius yang dialami oleh gadis berkenaan sekaligus berterima kasih kepada orang ramai yang membantu.

Antara komen warga maya:

“Kalau tengok batang kayu yang kecil, tak kukuh dan cabang pokok yang jarang untuk berpijak, mustahil manusia boleh naik dengan mudah”

“Bahaya tu kalau jatuh”


“Jaga bawah takut dia loncat”

“Suaranya macam kuntilanak”

“Ya Allah semoga cepat sedar dan baik2 saja.. kesian”


Video yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Andre Li (@andreli_48)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Andre Li (@andreli_48)