“Mereka tidak tahu apa yang kami lalui sebelum ini” Penjelasan Anak To’ki

Sebelum ini tular di media sosial kisah mengenai kehidupan To’ki bersama isterinya yang sakit.

Pendedahan tersebut telah menjadi tanda tanya netizen mengenai keberadaan anak-anaknya. Mengapa tiada seorang pun anak kepada penyanyi itu membantu ayah mereka?

Anak To’Ki perjelas dakwaan tidak ingat ayah mereka

Difahamkan, anak To’ki iaitu Noor Hidayah bersuara dan memberikan penjelasan terhadap dakwaan kesemua anak penyanyi itu tidak ingat ayah mereka.

Anak kedua daripada lima adik-beradik ini turut mendedahkan kisah sedih kehidupan mereka bersama ibu selepas ditinggalkan ayah sejak 16 tahun lalu.

Ujar Hidayah lagi, ibunya yang bersusah payah mencari rezeki dan menghantar mereka ke sekolah dan universiti tanpa kehadiran seorang ayah disisi ketika itu.

Kami baru tahu ayah sudah berkahwin

Memetik laporan Berita Harian, Anak To’ki, Noor Hidayah mendakwa kali terakhir bertemu penyanyi era 1990-an itu ketika beliau menjadi wali nikahnya, empat tahun lalu.

Anak kedua daripada lima beradik itu memberitahu, sejak ayah dan ibu berpisah, kira-kira 16 tahun lalu, itulah kali pertama dia menatap wajah To’ki.

Dia dan adik-beradik membaca kisah penyanyi lagu Seni Berzaman itu yang tular, sejak beberapa hari lalu.

“Ketika ibu dan ayah bercerai, saya berusia 11 tahun. Selepas berpisah, ayah menghilangkan diri daripada kami”.

Kali terakhir bertemu pada 4 tahun lepas

Menurut Noor Hidayah mendakwa kali terakhir bertemu penyanyi ayahnya itu ketika dia menjadi wali nikahnya pada empat tahun lalu.

Sehinggalah empat tahun lalu, ayah datang pada hari pernikahan saya selepas dibawa keluarganya.

“Selama ini, kami memang tidak pernah berhubung, kecuali abang yang ada berinteraksi dengan ayah beberapa kali di Facebook. Itu sahaja, telefon atau mesej memang tiada,” 

Tahu ayah berkahwin lain melalui laporan media

Noor Hidayah, 27, yang mesra disapa Yaya selepas entri yang dimuat naiknya, tular, mendakwa To’ki tidak menunaikan tanggungjawab sebagai bapa selepas meninggalkan ibu, dirinya dan empat beradik lain.

Noor Hidayah berkata, dia dan adik-beradik yang lain terkejut mendapat tahu keadaan To’ki dan kehidupannya di pondok melalui laporan media.

“Sejujurnya, saya dan adik-beradik yang lain baru dapat tahu keadaan ayah selepas berita disiarkan. Barulah kami tahu ayah sudah berkahwin lain” lapor Berita Harian.

Terkejut dan tidak sangka ayah hidup begitu

“Memang terkejut sebab tidak sangka ayah hidup dalam keadaan begitu. Sebelum ini, saya ada tengok ayah buat lintas langsung di FB, tetapi tidak sangka begitu keadaan tempat tinggalnya,” katanya.

Noor Hidayah berkata, selepas ditinggalkan, mereka tidak pernah berhubung dengan To’ki sehinggalah berjumpa sekejap pada hari pernikahannya.

Ramai yang beranggapan negatif

Mengenai perkongsiannya di laman sosial berhubung kisah To’ki, Noor Hidayah berkata, entri itu bukan untuk meraih simpati, sebaliknya bertujuan mempertahankan dirinya dan adik-beradik lain.

“Pada awalnya, kami mahu berdiam tetapi ramai yang membuat tanggapan negatif. Disebabkan itu, adik beradik mewakilkan saya untuk bersuara”.

“Orang cakap kami tidak ingat ayah dan lupa diri selepas hidup senang. Tetapi mereka tidak tahu apa yang kami lalui sebelum ini”.


Tidak berniat burukkan bapa kandung

“Saya harap apa yang saya luahkan dapat memberi penjelasan kepada orang ramai bahawa kami bukanlah seperti yang dianggap,” katanya.

Noor Hidayah berkata, dia tidak berniat memburukkan bapa kandung, sebaliknya merasakan langkah itu perlu demi kepentingan ibu dan adik-beradik.

Kami doakan terbaik buat ayah

Namun, Noor Hidayah tidak menyimpan dendam dan mendoakan yang terbaik buat ayah.

“Sudah tentu saya sedih melihat keadaan ayah, tapi itu jalan yang dia pilih. Mungkin itu juga dugaan atas apa yang dilakukan ke atas kami”.

“Kami doakan yang terbaik buat ayah. Kami mahu ayah mendapat kehidupan yang lebih baik. Sebenarnya, kami semua selalu ingat pada ayah. Buruk macam mana pun, ayah tetap ayah kami,” katanya.

Tuduhan tidak hiraukan anak adalah tidak benar

Sementara itu, To’ki berbangga semua permata hatinya berjaya dalam hidup. Keberatan bercerita kisah peribadi, To’ki berkata, biar apapun yang berlaku, dia mengambil tahu perkembangan anak-anak.

“Anak-anak saya semuanya berjaya dalam bidang masing-masing dan berpelajaran tinggi. Tuduhan mendakwa saya tidak menghiraukan mereka adalah tidak benar”.

Mereka hidup selesa dengan bekas isteri

“Mereka hidup selesa dengan bekas isteri. Saya memohon orang di luar janganlah menulis yang bukan-bukan dan menimbulkan cerita yang tidak benar,” katanya mengulas persoalan dibangkitkan netizen mengenai anak-anak.

Tidak keberatan berkongsi, To’ki berkata dia memiliki lima cahaya mata hasil daripada perkahwinan pertama.

To’ki berkata, anak sulungnya berusia 28 tahun iaitu Mohd Hafizi; diikuti Noor Hidayah, 27, Noor Husna, 22; Noor Aishah, 21 dan Mohd Hairi Hanis, 18.

Enggan mengambil endah tanggapan netizen

To’ki dikatakan enggan mengambil endah tanggapan netizen, To’ki percaya ada hikmah di sebalik ujian dihadapi.

To’ki berkata, bakatnya mula dihargai apabila video yang dimuat di laman Facebook mencatatkan tontonan tinggi.

“Nama saya menjadi sebutan ramai sejak PKP. Dulu, apabila saya buat siaran langsung di FB, tontonan hanya tiga atau empat orang. Sekarang mencecah ribuan penonton”.

Saya disini untuk mencari inspirasi

“Sebelum ini, pondok ini hanyalah tempat persinggahan saya. Saya hanya di sini beberapa malam untuk mencari inspirasi”.

“Tetapi, sejak lebih setahun lalu, saya memutuskan untuk menetap di sini kerana saya mahu menyediakan kandungan yang baik untuk pengikut laman sosial”.

“Seiring dengan perniagaan industri muzik sekarang, saya juga mahu mewujudkan saluran YouTube sendiri,” katanya ditemui di pondoknya di Gombak, dekat sini, semalam.

Sebelum PKP, saya dapat banyak undangan

Selain aktif di laman sosial, To’ki banyak memenuhi undangan nyanyian di ibu negara.

“Sebelum PKP, saya banyak mendapat undangan nyanyian di Johor, Kedah dan Pulau Pinang”.

“Saya ada dua persembahan tetap iaitu di I’Dahlia Corner, Persiaran Stonor dan Pak Tam Sri Corner, Batu Caves pada setiap hujung minggu,” katanya

Semoga segala salah faham dapat diselesaikan dengan baik dan diharap orang ramai tidak membuat sebarang andaian.