Merajuk Tak Dapat Mainan, Telatah Budak Perempuan Nyorok Disebalik Kotak Buat Netizen Terhibur

Kehadiran cahaya mata sememangnya melengkapkan lagi sesebuah rumah tangga bahkan menjadi penceria suasana. Manakan tidak, ada sahaja gelagat mereka yang membuatkan kita tidak kering gusi. Senang kata, hilang penat seharian ibu bapa bekerja melihat telatah mereka.

Iospital phone repair gombak

Tidak dinafikan, anak-anak akan menjadi ‘extra’ aktif bila berada di shopping mall. Jika ada barangan yang mereka tidak dapat, pasti akan merajuk dan menangis.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang budak perempuan merajuk kerana tidak dapat mainan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @sitinurfaseeha7, kelihatan wanita ini dan anaknya sedang berada di sebuah shopping mall.

Bagaimana pun anaknya dikatakan merajuk kerana tidak dapat mainan dan pergi menyorok ke satu ‘tempat rahsia’ dan apa yang membuatkan ramai terhibur adalah budak perempuan itu menyorok di sebalik kotak yang tersusun di atas rak.

Disebabkan kaki comelnya yang menjulur keluar yang membuatkan ibunya berjaya jumpa tempat menyorok si cilik itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat comel budak kecil ini yang merajuk sehingga menyorok di sebalik kotak.

“Sampai ke dalam tu, nasib tak masuk dalam kotak tu” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga sempat berseloroh mengatakan nasib baik ibunya menjumpai budak kecil itu. Kalau tidak, duduk lah situ sampai hari esok.

Antara komen warga maya:

“hahaha buat hal…nasib baik jumpa kalau tak jumpa duduk lah kat situ sampai esok…”

“nasib mama awak jumpa kau dik…kalau terlambat sikit tadi memang kena beli la kau dik…”


“bertuah nya budak ni pandai main menyorok-nyorok ya pandai cerdik…”

“kecik kecik kena marah mak tak bagi mainan, besar besar kena marah jugak isteri tak bagi beli mainan persoalaanya bila nya boleh beli mainannya…”

Video yang tular di laman TikTok:

@sitinurfaseeha7 Bertuah punya budak 🤣.. #sembunyi #merajuk #babymama #babypapa #fyp ♬ bunyi asal – Seha Meera