“Menyesal tengok habis” Kongsi Juadah Berbuka Dengan ‘Benda Manis’, Gelagat Lelaki Ini Buatb Ramai Terhibur

Seperti yang kita sedia maklum, baza Ramadhan sering dijadikan sebagai pilihan buat mereka yang berpuasa untuk membeli juadah kegemaran mereka.

Iospital phone repair gombak

Terdapat pelbagai menu juadah yang boleh dipilih di bazar Ramadhan ini, antaranya kuih muih, nasi lemak rendang, roti john, otak-otak dan pelbagai lagi makanan yang menarik.

Turut terdapat pelbagai jenis air dan beraneka warna dijual sehinggakan semuanya kelihatan sedap-sedap sungguh!

Antara makanan yang dipilih, pasti akan ada menu yang manis bukan?

Hal ini disebabkan dengan makanan manis, ianya dapat meningkatkan kadar gula dalam darah dan tenaga selepas seharian berpuasa.

Menerusi video yang dimuat naik semula di laman Twitter @isusemasaviral, dapat dilihat seorang lelaki berkongsikan POV berbuka puasa dengan makanan manis telah membuatkan orang ramai terhibur.

Pada awalnya, kelihatan lelaki itu sedang menyajikan makanan manis untuk berbuka puasa seperti buah kurma, variasi pencuci mulut dan biskut.

Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila ‘hidangan’ manis yang terakhir disajikan itu muncul pula kepala seorang lelaki yang dihulurkan di atas pinggan berwarna biru.

Lelaki itu yang muncul secara tiba-tiba dapat dilihat tersenyum sipu sambil memandang ke arah kamera dengan reaksi yang comel.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video ini telah meraih sebanyak 143K tontonan, 806 retweets, 73 quote tweets, 756 tanda suka, dan 30 bookmarks di laman platform sosial berkenaan.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat POV yang dikongsikan oleh admin Twitter tersebut.

Malah ada juga yang berseloroh mengenainya di ruangan komen.

Antara komen netizen:

Ciapan yang tular: