“Menitis air mata tengok” Jejai Hadir Majlis Hari Jadi Anak, Peminat Puji Keharmonian Keluarga Fasha

Semalam anak sulung Fasha Sandha bersama bekas suaminya, Putra Rayfal Ramli genap berumur 6 tahun.

Satu majlis sambutan hari lahir untuk anaknya diadakan dengan meriah serta dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat yang lain.

Satu kelainan ketika sambutan tersebut apabila turut dihadiri oleh bekas suami Fasha dan juga bapa kepada Putera Rayfal Ramli Rizal Ashram.

Baca: Biodata Fasha Sandha

Majlis yang bertemakan watak animasi berwarna merah hitam, sambutan tersebut telah diadakan di Kizsport & Gym, Ampang.

Rata-rata netizen memuji Fasha dan suami kerana menjaga keharmonian keluarga untuk kebaikan anak-anak.

Sebelum majlis itu, Fasha juga telah memuatnaik siri foto sejak Putra Rayfal Ramli lahir sehinggalah sekarang.

Apa yang menarik perhatian para peminat adalah kewujudan bekas suaminya di dalam gambar-gambar itu.

Ternyata Fasha yang sangat sporting dan faham anaknya perlukan kasih sayang ayah tidak mengendahkan komen-komen yang tidak sepatutnya.

“Sayang ibu, Putra Rayfal Ramli, Anak ibu, anak yang baik, dengar kata ibu, dari kecik tak pernah meragam, 

Anak yang tak sempat cukup bermanja dengan ibu,terpaksa mengalah dengan Adik Jemyma. 

Ibu sayangkan Rayfal lebih daripada segala galanya. Ibu doakan anak ibu membesar dengan sihat,baik dan bijak.

I love you my first born child”

Sebelum ini, Fasha Sandha dan Aidil Aziz telah selamat bernikah dengan sekali lafaz pada pukul 9.15 pagi 30 Mac 2019.

Fasha juga dipuji para peminat apabila dengan selamba meneruskan tradisi mencuci periuk dan kuali selepas majlis menyambut menantu di Negeri Sembilan.

BACA: “Patut la mertua sayang” Siap Pakai Crown Cuci Periuk, Peminat Puji Fasha Sandha

Bukan selalu kita dapat lihat selebriti popular yang sanggup perkara begini walaupun ianya adat yang biasa bagi orang Melayu.

Kebanyakan pengantin sekarang lebih suka menggunakan khidmat katering kerana lebih mudah dan tak perlu pening kepala.

Rata-rata peminat memuji apa yang dilakukan oleh Fasha. Malah ada yang mengatakan tidak hairanlah mertua sangat sayang kepadanya.

Bukan saja merendah diri, tetapi juga sangat rajin dan tidak bersikap ‘diva’ walaupun Fasha merupakan seorang artis popular.

Semoga Fasha Sandha sentiasa bahagia bersama suamnya Aidil Aziz dan juga semua anak-anaknya.