Siapa tak kenal dengan nama pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew yang tidak pernah kenal erti penat dalam memberi bantuan kepada orang ramai tanpa mengira agama dan bangsa.

Terbaru, Ebit Lew telah turun padang melawat pusat-pusat kawalan sempadan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Perlis.

Menerusi perkongsian di laman Facebook miliknya, lawatan tersebut bagi menyuntik semangat kepada semua anggota PGA selepas seorang daripada mereka telah ‘pergi’ akibat terkena dua das tembaakan.

Dari Hospital Alor Setar terus ke Hospital Perlis

Dah lewat semalam dari Hospital Alor Setar terus ke Hospital Perlis dan ziarah pusat-pusat kawalan sempadan. Mereka minta berkongsi nasihat dan doa.

Sebak sayu bila mereka kata kami semua terkejut tak percaya ustaz sudi datang ke sini. Tengok ustaz buat kami rasa semangat. Terharu pengorbanan mereka.

24 jam jaga sempadan negara

Bila lalu sepanjang sempadan negara terasa pengorbanan PGA ini 24 jam menjaga sempadan negara.

Meremang bila melihat dan mendengar keadaan mereka. Lalu sepanjang sempadan terasa mereka memang pejuang. Lain suasana tempat mereka bertugas.

Sebak dengar kisah saat akhir pejuang negara ini. Menembak sehingga habis peluru dan akhirnya letak senapang di dada. Betapa amanah mereka ini dalam menjalankan tugas.

Sedang kita tidur lena dan makan sedap mereka jaga negara 24 jam. Bergilir kerja tanpa waktu masa. Berjauhan dengan keluarga. Sebulan dan lebih duduk dalam hutan ini. Musim PKP ini lagi ada yang langsung tak jumpa anak isteri lagi.

Bila ke kawasan kejadian terasa suasana yang lain. Ada sebahagian tembok dan ada bahagian pagar. Memang terasa keberanian barisan hadapan negara ini.

Terima kasih Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad. Terima kasih anggota anggota PGA yang mengiring dan membawa kami sepanjang di Perlis.


Semoga Allah jaga dan pelihara mereka semua. Dijauhkan dari bahaya. Jagakan keluarga mereka. Beri ketabahan pada keluarga mereka. Hanya Allah yang dapat membalas jasa mereka.

"Your favorite story, whatever it might be, was written for one reader." Brian Bloom, 5 to 7.