“Memang patut tulis macam tu” Pesanan Pelanggan Foodpanda Macam ‘Karangan’, Netizen Tampil Sokong Kerana..

Pada masa kini, memesan makanan di atas talian sememangnya banyak memudahkan masyarakat. Manakan tidak, kita boleh membeli apa sahaja makanan melalui online dan akan dihantar sehingga depan pintu. Jimat masa bahkan tenaga.
Iospital phone repair gombak
Jika perasan, bila order makanan di atas talian, ada ruangan dimana kita boleh membuat pesanan tambahan seperti minta agar kurang pedas, extra pedas atau pun taknak sayur dan bermacam lagi.

Pun begitu, adakalanya, pihak vendor terlepas pandang pesanan tambahan daripada pelanggan dan makanan sampai tidak seperti apa yang dikehendaki.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pelanggan buat pesanan seperti karangan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @faizghazali2449, seorang rider foodpanda berkongsikan satu resit dimana memaparkan satu pesanan makanan nasi goreng pattaya ditulis dengan arahan yang panjang berjela.


Dapat kita lihat, Pelanggan telah meminta tukang masak untuk menyediakan nasi goreng pattaya tanpa sayur dengan pengulangan arahan bertulis “xnak sayur!”, yang panjang seperti ‘karangan’.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan pendapat tersendiri malah ada yang mengatakan mungkin pelanggan tersebut sememangnya anti sayur ataupun pernah membuat pesanan makanan yang tiada sayur namun sampai sebaliknya.

Antara komen warga maya:

“Okay lepasni nak buat macam ni.. dah tau customer taknak sayur letak jugak..”

“Dah tulis taknak sayur tapi dapat2 penuh dengan sayur.. memang macam ni lah jadinye..”


“Mesti dia selalu order.. tapi dapat ada sayur.. maklumlah kecik sangat tulisan request tu…”

“Tak nampak juga tak tahu la..”

“Yang ni aku setuju, kita dah cakap banyak kali taknak sayur chef tetap letak..”

“Aku dulu staf restoran kadang2 busy sampai tak perasan..”

Video yang tular di laman TikTok:

@faizghazali2449 Aduhhh Macam2 Aih 😂. #foodpanda #fypシ #fyp #foodpandamalaysia #xyzbca ♬ Penang kalau hari2 macam ni – Bubih