Mawar Rashid Selamat Melahirkan Cahaya Mata Sulung, Boy or Girl? Ini Jawapan Suaminya

Pelakon cantik Mawar Rashid telah selamat melahirkan anak sulungnya pada malam tadi. Tepat jam 11:33 malam lahirlah cahaya mata kesayangan Raf dan Mawar.

Menerusi satu posting di Instagram, Raf Yaakob berkongsi sekeping foto bersama Mawar dan anaknya.

Di dalam posting itu Raf memberitahu Mawar selamat melahirkan anak secara normal dan kedua-dua ibu dan anak sihat walafiat.

“Syukur Alhamdulillah. Tanggal 13/3/2019 jam 11.33 malam, steriku @mawarashid selamat melahirkan anak pertama kami secara normal, seperti yang diimpikan. Both mummy and baby are fine. But today, kita bagi Mawar and @mawaraf_jr rehat dulu ya? Insyaa’Allah besok kita update lagi. Thank you kepada semua yang banyak mendoakan”

Walaubagaimanapun berkenaan jantina anak, ii yang ditulis oleh Raf Yaakob.

“Boy or Girl? Wait for my next posting k”

Sehingga sekarang masih belum ada posting terbaru daripada Raf Yaakob.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan ini dan mendoakan kesihatan kedua-dua ibu dan anak.

Sebelum ini, Mawar berkongsi perjalanan mengandungnya dengan belajar mengaji dimana memang niatnya sebelum pregnant lagi untuk belajar semula mengaji dengan lancar.

Menurutnya, dia boleh membaca al-quran cuma tak berapa lancar dan harapannya selepas ini dapat mengaji dengan lebih lancar dengan bimbingan Nadirah.

Tahniah diucapkan kepada Mawar Rashid dan Raf Yaakob. Semoga baby yang baru lahir membesar dengan sihat.