Maut Diseret Treler, Isteri Dengan 4 Anak Masih Kecil Perlukan Bantuan

Berat rasa yang terpaksa ditanggung oleh seorang ibu anak 4 apabila suaminya menjadi mangsa maut yang digilis dan diseret dalam kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Sungai Buloh, semalam.

Bagi membantu keluarga mangsa, seorang individu di Facebook, Eryzal Edry memuat naik sebuah posting agar orang ramai dapat meringankan beban isteri dan empat anak Allahyarham Mohamad Hafiz Mukhtar yang masih kecil.

“Mohon bantuan ikhlas buat isteri mangsa kemalangan yg arwah suami nya maut digilis treler tengahari smlm dkt sg.buloh. kesian pada anak² arwah yang semua nya 4 orang masih kecik lagi. isteri pulak surirumah sepenuh masa.

“Saya tidak mengenali arwah mahupun ahli keluarga arwah. tapi atas dasar rasa ingin membantu dan berasa simpati terhadap nasib isteri dan anak² arwah, jadi saya share kan posting ni agar ada orang lain juga boleh turut serta membantu walau dalam apa jua bentuk bantuan sekalipun.

“Dan mungkin juga pada yang berkemampuan yang ingin membantu dengan menyumbang sedikit bantuan kewangan. rasa sayu dan sebak sangat bila tengok muka anak² arwah ni.

“Yang tak mampu menyumbang lebih pun tak apa, kalau ada 1000 orang dapat transfer Rm10 sorang pun dah ada Rm10,000 cukup buat menampung keperluan dan meringankan sedikit beban buat isteri arwah.

“Segala detail rujukan semua ada dalam gambar² ni beserta nombor akaun untuk memberi sumbangan. buat masa ni boleh berhubung dengan adik perempuan kepada isteri arwah ni, Nas atau fb dia NZ Bundle Legacy (01137611682 no Nas adik balu) (0134516232 no Ibu kpd isteri arwah)

Berikut beberapa info dari orang yang berada di tempat kejadian 

“Saya nampak kereta waja tu yang tiba² tukar lane dan himpit motor tu. lepas tu bergesel terus mangsa terjatuh.

“Datang pulak lori tak sempat nak brek terus gilis dan seret mangsa. Bangla yang bawak waja ni dia tak ada lesen memandu dia bawa kereta majikan dia.

“Arwah masih hidup lagi.. dia sempat cakap panas jadi saya ambik baju hujan untuk cover dari kepanasan. tak lama lepastu arwah dah meninggal.

“Nasib ada kem askar berhampiran yang datang tolong bomba angkat treler pakai towing askar kalau tak memang tak terangkat treler tu untuk keluar kan arwah.”

“Sama² la kita panjangkan perkongsian ni.. kalau ada 1000 orang yang mengamin kan doa atau mendoakan pun, itu dah kira membantu.

“Dan andai melalui perkongsian ni ada dalam 1000 orang yang setiap seorang nya memberi sumbangan Rm10, Alhamdulillah dapat la kita membantu isteri arwah untuk menampung sedikit keperluan hidup bersama empat orang anak nya yang masih kecil.

Waja ubah haluan

Menerusi laporan BH Online, mangsa yang menunggang motosikal Modenas Kriss melanggar belakang sebuah Proton Waja yang cuba mengubah laluan ke kiri jalan.

“Mangsa tidak sempat mengelak dan terlanggar belakang kiri Proton Waja terbabit dan jatuh di sebelah kiri laluan.

“Pada masa sama, sebuah treler yang berada di belakangnya tidak sempat mengelak tergilis mangsa dan menyeretnya sejauh kira-kira 14 meter,” kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat.

Pemandu kereta tersebut yang juga seorang lelaki warga Bangladesh ditahan bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tambah Azman, siasatan awal lelaki warga Bangladesh itu tidak mempunyai lesen memandu sah dan kereta yang dipandu adalah milik majikannya.

Orang ramai yang mahu memberikant sumbangan boleh berbuat demikian ke akaun Maybank, 158173024045 atas nama Jamaliah Khairuddin (adik isteri arwah).