Connect with us

Viral

“Mata masuk habuk..” Sempat Jamah Nasi Masa Tunggu Lampu Isyarat, Aksi Abang Foodpanda Ini Buat Ramai Luluh Hati

Setiap insan yang dilahirkan di dunia ini mempunyai cabaran dan kesukaran hidup yang tersendiri.

Iospital phone repair gombak

Ada yang hidupnya senang, malah ada pula yang sebaliknya sehinggakan sanggup bekerja kuat tanpa menghiraukan waktu rehat demi mencari sesuap nasi.

Begitu juga dengan kisah yang ingin dikongsikan pada kali ini mengenai seorang rider penghantar makanan menjamah sedikit makanan di atas motornya sambil menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @suellahashim ini, dia pada awalnya memohon maaf kerana merakam rider tersebut tanpa izin akan tetapi perkongsiannya itu dibuat kerana dia berasa sebak sehingga air matanya berlinang apabila melihat rider tersebut sedang memakan nasi sambil menunggu lampu isyarat itu.

Sue yang merupakan perakam video tersebut turut menitipkan doa buat rider berkenaan agar dipermudahkan segala urusan dalam usahanya mencari rezeki yang halal.

“Sorry abang foodpanda, saya ambil gambar awak.

“Semoga dipermudah segala urusanmu dalam mencari rezeki..

“Bila tengok dia makan nasi sambil menunggu lampu isyarat, air mata ku mula berlinang.

“Percayalah, usahamu takkan pernah mengkhianatimu,” tulisnya dalam ruangan video yang tular tersebut.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video tersebut telah mencecah sebanyak 312.8K tontonan, 29K tanda suka, dan 2133 komen di platform sosial TikTok.

Menjengah di ruangan komen, ramai warga netizen yang meluahkan bahawa mereka juga menerima nasib yang sama sehinggakan ada yang tidak sempat untuk makan langsung dalam proses mencari rezeki.

Tidak lupa juga ada warganet yang mendoakan agar rider tersebut diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki selalu.

Antara komen netizen:

“kdg kami shri tak mkn untuk mncri rezeki..blik bru mkn..kdg mse itu trlalu emas untuk kami mncri rezeki walau pn brhujan dan pnas..😔”

“mcm ni lah kerja sy setiap hri sbgai rider..hujan lebat panas..kami redah…nk bg smpi mknan ke customer tpi lmbt pon kena maki .. dia org tak thu kerja kmi…”


“Semoga brader nie di berikan kesihatan yg baik”

Video TikTok yang tular:

@suellahashim #berlinangairmata #semogadipermudahkansegalanya #fyp #fypシ ♬ Sound untuk orang yang kuat – Syaz Wani

Advertisement

Copyright © 2022 YOY.MY Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)