[VIDEO] Maszlee Malik Letak Jawatan Menteri Pendidikan Berkuatkasa 3 Januari 2020

Hari ini kita dikejutkan dengan satu berita yang tergempar di mana YB Maszlee Malik secara tiba-tiba mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai Menteri Pendidikan.

Sebelum ini Malay Mail melaporkan beliau yang baru sahaja dilantik pada 21 Mei 2018 dilaporkan telah menghantar surat perletakan jawatan kepada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad pada tengah hari ini dan Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengesahkannya.

Menerusi sidang media tersebut, YB Maszlee mengumumkan melepaskan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan berkuatkuasa 3 Januari 2020.

Sepanjang bertugas, YB Maszlee popular dengan pengenalan kasut hitam buat pelajar sekolah, program sarapan percuma serta yang terbaru adalah penyediaan aplikasi buat para guru menukar sekolah secara suka sama suka.

Dr. Maszlee Malik merupakan ahli politik Malaysia, ahli parlimen bagi Simpang Renggam dan Menteri Pendidikan Malaysia sejak 2018.

Maszlee pernah mengajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan telah menulis beberapa buah buku.