“Mak, sakit mak” Remaja Sengaja Baling Mercun ‘Target’ Rumah Orang, Siap Bersorak Sehingga Berdarah Kepala Jiran!

Kecederaan yang berpunca daripada letupan mercun bukanlah sesuatu perkara baru. Lagi-lagi ketika musim perayaan. Pun begitu, masalah ini sering melibatkan golongan bawah umur.

Iospital phone repair gombak

Apa yang lebih menyakitkan hati adalah apabila remaja ini bermain mercun sesuka hati tanpa pengawasan ibu bapa sehingga menimbulkan masalah kepada orang sekeliling.

Terbaharu, tular di TikTok dan Twitter memaparkan tindakan biadap sekumpulan remaja lelaki bermain mercun dengan menjadikan rumah orang dan kenderaan lalu lalang sebagai ‘target’.

Menerusi rakaman yang dikongsikan, terdengar seluruh penghuni rumah menjerit ketakutan apabila mercun meletup di kawasan rumah mereka.

Malah, sekumpulan remaja itu didakwa membaling batu apabila mercun habis menyebabkan ada yang cedera.

Pengadu turut meluahkan rasa hairan mengapa rumah penduduk dijadikan sasaran sedangkan pihaknya tak melakukan provokasi.

Susulan kejadian, difahamkan pihaknya sedang mengumpul bukti untuk membuat laporan polis.

Kejadian yang dilaporkan berlaku di Kampung Changkat Kiri Gombak menyebabkan pengadu mengalami kecederaan akibat percikan mercun yang meletup di kawasan rumahnya.

Setakat artikel ini ditulis, ciapan tular berkenaan berjaya meraih sehingga 16.6 ribu retweets dan 12 ribu likes!

Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya bengang dengan tindakan tidak bermoral sekumpulan remaja terbabit. Malah, netizen menyalahkan cara didikan ibu bapa terhadap mereka.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Twitter

Ciapan yang tular di laman Twitter