“Mak dah halal air susu anak2 minum” Hidap Kanser Lidah, Ibu ‘Pergi’ di Pagi Jumaat,

Tular kisah mengenai penderitaan seorang ibu kepada lima orang cahaya mata, yang menghidap kanser lidah sehingga menyebabkan dia tidak lagi boleh bercakap. Namun hari ini, satu perkhabaran sedih diterima apabila dimaklumkan ibu berkenaan dikenali sebagai, Rosimah Ismail, berusia 49 tahun, telah disahkan meninggal dunia. Ibu pergi mengadap Ilahi di pagi Jumaat Menerusi perkongsian Facebook Penang [...]

Sebelum ini telah tular kisah mengenai penderitaan seorang ibu kepada lima orang anak yang telah disahkan menghidap kanser lidah.

Kanser tersebut telah melarat hingga menyebabkan dia tidak lagi boleh bercakap dan kedua-dua matanya tertutup kerana bengkak.

Malah, sebelum matanya tertutup penuh akibat bengkak tersebut, dia sempat membuat nukilan khas buat anak-anaknya.

Menerusi muat naik di Facebook, anaknya Shafina berkongsi nukilan terakhir ibunya itu.

4 March 2020 (rabu)

Nukilan terakhir mak tulis dalam buku sebelum mata mak keduanya bengkak dan tertutup sepenuhnya. Mak dah tak boleh berkata2 . Dah tak boleh bersuara lagi. Lidah mak dah mengeras sepenuhnya. Mak hanya mampu menulis 😞

Kata2 nasihat dari mak, piena akan ingat sampai bila2 . Kami adik beradik akan ingat pesan mak untuk selamanya. Sebak hati bila baca apa yang mak tulis. Nasihat mak untuk kami adik beradik sentiasa terngiang2 dlm ingatan.  Semoga Allah permudahkan segala urusan mak.

Mak cepat sihat ya  Piena rindu mak yang dulu  Pina , adik2 dan abah tak kuat tanpa mak. Kami semua perlukan mak Mak penyeri rumah. Mak segalanyaaa buat kami 

LOVE YOU MAK ! Simpan sini sebagai kenangan . Syurgaku 

Pergi di hari Jumaat

Walau bagaimanapun hari ini, satu perkhabaran sedih diterima apabila dimaklumkan ibu berkenaan dikenali sebagai, Rosimah Ismail, berusia 49 tahun, telah disahkan meninggal dunia.

Menerusi satu perkongsian oleh Facebook Penang Kini, Allahyarhamah Rosimah telah menghembuskan nafas terakhir pada pai tadi.

AL-FATIHAH Innalillahiwainnailaihirojiuun.

Mendapat Khabar Berita Ibu Kepada Nurul Shafina Dari Penaga, Kepala Batas Yang Mengidap Penyakit Kanser 4 Telah Kembali Ke Rahmatullah Pada Pagi Tadi.

Cukup Sayu Dan Sedih Mendapat Berita Ini Pada Hari Jumaat Yang Mulia Ini.

Ya Allah Ya Tuhanku Ampunilah Dia, Rahmatilah Dia, Maafkanlah Dia, Muliakanlah Kematiannya, Lapangkanlah Kuburnya, Jadikanlah Syurga Sebagai Ganti Tempat Tinggalnya Dan Berilah Kesabaran Kepada Ahli Keluarganya.

Semoga Arwah Di Tempatkan Di Kalangan Orang-Orang Yang Beriman.
InshaaAllah. Aamiinnn 

Rata-rata netizen tidak putus-putus meninggalkan salam takziah kepada keluarga Allahyarhamah.