Main Bola Pakai Kain Pelekat, Gelagat Gadis Payung ‘Skill’ Buat Ramai Terhibur!

Sukan bola sepak adalah satu sukan yang sangat trending di serata dunia bahkan kita yang duduk melihatnya tidak kiralah di depan kaca tv, di stadium, mahupun padang pasti dapat merasakan semangat yang sama.
Iospital phone repair gombak
Tidak dinafikan, sukan ini oleh semua golongan tidak kira tua, muda, lelaki dan juga wanita.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana gelagat sekumpulan gadis bermain bola sepak mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @iraluvyou, dapat kita lihat sekumpulan gadis bermain bola sepak sambil menyarung kain pelekat.

Namun apa yang membuatkan ramai berdekah adalah gelagat seorang gadis yang gagal menyempurnakan sepakannya.


Kelihatan juga penyokong yang turut hadir terhibur dan suara ketawa menghiasi perlawanan tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen geli hati melihat telatah mereka bahkan ada yang berseloroh mengatakan itu merupakan skill yang dapat mengelirukan para lawan.

Bukan itu sahaja, ada juga yang meninggalkan komen lucu dimana menyifatkan pemain profesional seperti Ronaldo, Messi ataupun Neymar akan terpegun melihat skill gadis ini.

Antara komen warga maya:

“Skillyang mengelirukan lawan dan kawan”

“Ni Neymar pon terpegun tengok skill akak ni”


“Ini kalau TMJ nampak, esok jugak akak ni confirm masuk JDT”

“Skill yang jarang player tunjukkan”

“Boleh join training Barcelona dah ni”

“Allahu macam anak buah aku 2 tahun belajar sepak bola”

“Diorang puntak tahu mana satu team dengan diorang.. yang penting gol.. gol lawan atau gol sendiri dah tak penting asal bola masuk gawang sudah”

“Jarang2 tengok skill sepan angin ni.. nasib comel”


Video yang tular di laman TikTok:

@iraluvyou lepas tak ni pergi world cup 😔 #worldcup2022 ♬ Waka Waka (This Time for Africa) [The Official 2010 FIFA World Cup (TM) Song] (Single) – Shakira