Mahu Rehat Dari Dunia Lakonan, Remy Ishak Akui Keliru Dengan Diri Sendiri

Nama Remy Ishak sememangnya pernah menjadi kegilaan ramai wanita kerana wajah maskulin dan auranya yang tersendiri. Malah pelakon ini mendapat perhatian ramai menerusi drama Nur Kasih pada tahun 2009.

Namun sejak kebelakangan ini, Remy Ishak atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Bin Ishak ini jarang kelihatan di layar perak.

Pun begitu, baru-baru ini Remy Ishak telah muncul di laman TikTok Live bersama isterinya yang sedang mempromosikan barang.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ayraheeda ini, memaparkan Remy yang berada di sebelah isterinya itu dipaksa oleh untuk menjadi model dan menggayakan beg membuatkan rata-rata penonton terhibur dengan gelagatnya yang bersahaja.

Walau bagaimanapun, Remy Ishak memaklumkan ingin berehat dalam dunia lakonan untuk sementara. Menurut sumber, pelakon ini mengatakan mahu mencari semula dirinya. Dia tidak menafikan mempunyai perasaan keliru dengan keadaan dirinya.

“Buat masa sekarang saya berehat dari dunia lakonan. Dah lama sangat tak jadi diri sendiri. Saya pun dah jadi keliru, saya ini apa sebenarnya. Saya pun dah lupa hobi saya, lupa apa yang saya suka buat… rasa hilang sebab pegang macam-macam watak. Jadi macam, diri sendiri hilang sebab jadi orang lain.” katanya.

Oleh kerana sering berlakon dia tidak menyangka mempunyai rasa seperti tidak mengenali diri sendiri kerana watak-watak yang dilakonkan.

“Sekarang nak relax kejap, jadi diri sendiri, orang kata tempoh meditasi. Sebelum ini saya macam back to back (berlakon), jadi saya macam tak kenal diri sendiri pula,” kata Remy.

Dalam pada masa yang sama, ada segelintir netizen dia ruangan komen TikTok Live isterinya itu bertanya mengenai penampilan Remy berambut panjang. Menurut isterinya, penampilan tersebut kerana baru selesai menjalani penggambaran sebuah filem.

“Abang Remy baru saja selesai penggambaran filem, sebab itu rambut dia panjang macam ini,” kata Ezza.

Perkongsian yang tular di laman TikTok:

@ayraheedaSee, always support business wife dia.Suka tengok dorg😁😍♬ original sound – Shaniamelia

Sekadar info, Remy Ishak telah menamatkan zaman bujangnya dengan ahli perniagaan Ezza Yusof pada 21 Ogos 2021.