“Macam tonton Bollywood” Nyanyi Lagu Sakit Gigi, Suara Lunak Lelaki Bangladesh Ini Raih Pujian Netizen

Setiap insan mempunyai bakat yang tersendiri, misalnya ada yang boleh melukis, menari, berpidato, dan ada juga yang boleh menyanyi!

Iospital phone repair gombak

Tidak kisahlah lagu apa sekalipun, jika dilunakkan dengan suara merdunya pasti sedap untuk didengar.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini di mana seorang lelaki warga asing sedang asyik menyanyikan lagu lucu telah berjaya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video TikTok yang dimuat naik oleh @hzrvl itu, lelaki warganegara Bangladesh itu menyanyikan lagu lucu mengenai ‘sakit gigi’ dengan penuh perasaan.

“Layan Bangladesh nyanyi lagu “ sakit Gigi “ steady bai ,” tulisnya di ruangan kapsyen video yang tular tersebut.

Apa yang menarik perhatian orang ramai adalah apabila nyanyian lelaki tersebut yang begitu merdu sehingga ada yang mengatakan mampu memikat hati gadis-gadis di Malaysia.

Orang ramai turut terhibur apabila melihat cara ‘tukang rakam’ itu merakam aksi lelaki Bangladesh itu seperti ala-ala filem Bollywood.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video ini telah meraih sebanyak 175.8K tontonan, 16.2K tanda suka, dan 544 komen di laman platform sosial berkenaan.

Dan susulan video tersebut tular, terdapat beberapa lagi video lelaki tersebut menyanyikan lagu lain dengan suaranya yang merdu itu.

“sorry bai manyak penat ini hari HAHAHA lori banyak masuk so muke agak letih so “ bile aku ckp video dah 125k view terus semangat dia” terangnya di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, warga netizen rata-ratanya memuji betapa lunaknya suara lelaki tersebut dengan bakat nyanyiannya.

Antara komen netizen:

“ini yg buat wanita malaysia cairrrr..hahhahaa”

“videographer main peranan weiii mcm tonton bollywood daaa”


“mendayu dayu dia pew pew pew , kene kene kene bhai… MashaAllah brother”

Video TikTok yang tular:

@hzrvl

Layan Bangladesh nyanyi lagu “ sakit Gigi “ steady bai

♬ original sound – hzrvl

@hzrvl Replying to @majmuk sorry bai manyak penat ini hari HAHAHA lori banyak masuk so muke agak letih so “ bile aku ckp video dah 125k view terus semangat dia “ #fyp ♬ original sound – hzrvl

@hzrvl Replying to @ℂ ♬ original sound – hzrvl