[VIDEO] “Polis datang mcm nak beraya” Netizen ‘Terhibur’ Tengok Babak Tak Logik, Polis Cuma Tercegat

Drama adaptasi novel Tak Sempurna Mencintaimu hasil penulisan Rehan Makhtar mendapat perhatian ramai peminat drama Melayu terutamanya apabila diterajui pelakon Intan Najuwa dan Redza Rosli.

Ditayangkan dalam slot Akasia di TV3, drama itu turut menampilkan model dan pelakon, Rita Nadira sebagai watak antagonis.

Kini, drama tersebut sudah ditayangkan sebanyak 16 episod dan telah menarik perhatian netizen yang menonton selepas satu babak dikatakan tidak logik.

Satu babak itu menunjukkan Sirat (Intan Najuwa) diculik oleh Mellisa (Rita Nadira) dan cuba diselamatkan oleh Taqim (Redza Rosli) sebelum pihak polis tiba.

Bagaimanapun adegan itu menjadi bualan hangat netizen di Twitter dan TikTok selepas polis yang datang untuk menangkap Mellisa itu hanya ‘tercegat’ di belakang Taqim yang dilihat cuba memujuknya.

Menurut netizen, kalau ikutkan situasi sebegitu polis mungkin boleh bertindak lebih awal dengan merampas senjata digunakan Mellisa.

“Scene paling tak masuk akal ni. Polis datang macam nak buang sarang lebah.”

Menerusi satu muatnaik di TikTok pula, seorang pengguna telah memuat naik babak tersebut sambil mengulas dan berkata bagaimana adegan tersebut tidak logik.

Katanya, boleh saja bertindak dengan memukul Mellisa sebelum dia keluarkan pisau namun polis pula hanya mula bertindak selepas Taqim yang rampas senjata tu.

“Ada lagi adegan tak logik”

@ahmad97ffAku pulak yg excited tngok babak2 tak logik tu 😂😂😂😂 ##fyp ##fypmalaysia🇲🇾 ##fypindonesia ##taklogic ##dramamelayu♬ bunyi asal – KuAhmad

 

Melalui ruangan komen di TikTok dan Twitter, ramai netizen mengkritik drama tersebut dan berkata selain babak tersebut, banyak lagi adegan yang tidak logik dalam drama Tak Sempurna Mencintaimu itu.

Contohnya, babak di mana Sirat dilanggar oleh Mellisa. Ketika itu darah dilihat hanya di bahagian kaki namun Sirat berada dalam keadaan koma kerana cedera parah.

Selain itu, netizen turut berkata sound effect digunakan dalam drama terbitan Zeel Production itu juga tidak logik. Kata seorang individu di Twitter,

“Sorry to said. Sound dia pun mengarut je bunyi. Pukul kaki bunyi dush3?!?!?!”