“Macam mana Izzue boleh jatuh cinta kat hang” Awin Nurin Dituduh Guna Bomoh Pikat Izzue Islam

Isteri kepada penyanyi Izzue Islam, Awin Nurin ada berkongsi mendedahkan ‘direct message’ yang dihantar seorang invididu di akaun Instagram miliknya. Menerusi foto yang dikongsi, individu tersebut telah memberikan kata-kata negatif kepada Awin termasuk dakwaan soal soal rumah tangganya. Mengejutkan, individu berkenaan turut memberi tuduhan Awin didakwa mengamalkan ilmu hitam seperti bomoh untuk memikat suaminya. “Heiiii [...]

Penyanyi dan pelakon popular Izzue Islam terkenal sebagai seorang suami yang penyayang terhadap isterinya.

Namun begitu, masih ada suara sumbang dan pihak yang tak senang duduk dengan kebahagian mereka berdua.

 

View this post on Instagram

 

Sedapnyaa suara @awinnurin jantung berhenti kejap bila dia cakap Will Always Love You 😍 Thank you @absolutchocolat 🍫

A post shared by Izzue Islam ™ (@izzueislam) on

Terbaru, isteri Izzue, Awin Nurin telah membuat satu perkongsian yang mendedahkan ‘direct message’ yang dihantar seorang invididu di akaun Instagram miliknya.

Menerusi muatnaik tersebut, individu tersebut telah memberikan kata-kata negatif kepada Awin termasuk dakwaan soal soal rumah tangganya.

Malah lebih mengejutkan, individu berkenaan turut membuat tuduhan Awin didakwa mengamalkan ilmu hitam seperti bomoh untuk memikat hati suaminya, Izzue.

“Heiiii Pelik kann, mcm mne eah @izzueislam bleh jatuh cinta dkt. Hang hahaha Xsesusai langsung kott aihhh

“Haa Sebenarnya kann Kau pergi bomoh kann, hahaha btul takk. Memang btul lahh kann Pergi bomoh pstuu nk bg izzue suka kt kau and kahwin smpailah sskrang,, kan ii hei Hekk elehhh Eahh sedar laa diri tuu sikit,”

Ternyata perkongsian Awin tersebut telah menjadi perhatian pengikutnya sekaligus mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-rata netizen menyifatkan tindakan individu tersebut sebagai satu sikap yang buruk dan berniat jahat.

“Allahuakbar… abaikan je manusia2 berhati itam legam camni… Allah lebih tau kan sis.. bertabah ye..”

“Dia tak tahu ke kakwin ni natural beauty. No need any makeup to cover up. I jeles tau ”

Izzue Islam dan Awin Nurin telah mendirikan rumahtangga pada 2 Jun 2013. Kumpulan nasyid Nowseeheart turut mempersembahkan lagu “Ku Harap Cinta” dalam majlis perkahwinan mereka berdua.

Izzue Islam menyertai kumpulan Forteen sewaktu kumpulan ini ditubuhkan pada 2011. Forteen mula dikenali umum setelah muncul bersama single “Berdua Bersatu” yang dkeluarkan pada 27 Ogos 2011.

Pada 18 November 2018, Izzue mengumumkan pengundurannya daripada Forteen selepas 7 tahun bersama.