“Level kayangan” Santai Manjakan Diri, Netizen Jealous Lihat ‘Healing’ Versi Anak Hanis Zalikha!

Siapa tidak kenal dengan anak perempuan kepada pelakon Hanis Zalikha dan Hairul Azreen iaitu iaitu Alisa Aisyah ni. Bukan sahaja comel namun telatahnya yang lucu juga sering menjadi perhatian ramai.
Iospital phone repair gombak
Seperti yang kita tahu, setiap orang memiliki cara mereka tersendiri untuk ‘healing’ contohnya duduk di pantai, melihat pemandangan dari atas bukit dan banyak lagi.

Namun, bagi budak kecil, pastinya mereka akan meluangkan masa bermain bersama rakan sebaya, bermain gadget ataupun yang paling mudah adalah tidur.

Namun lain pula dengan Alisa, cara healingnya ini membuatkan ramai jealous!

Menerusi video yang dimuat naik oleh Hanis sendiri, kelihatan anaknya yang berusia tiga tahun itu dilihat sedang membuat rawatan kecantikan seperti di sebuah spa dengan penuh bergaya.


Dapat juga kita lihat, si comel itu memakai mask muka untuk penjagaan wajah dan santai duduk di atas kerusi sambil memanjakan kuku.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen akui cara healing atau merawat hati itu nyata bertaraf kayangan bahkan ada yang berseloroh mengatakan mereka hanya bermain ‘masak-masak’ ketika kecil untuk healing.

Bukan itu sahaja, ada juga yang mengatakan mereka yang dewasa pun tak mampu untuk healing seperti masa Alisa lakukan.

Antara komen warga maya:

“Dia tahu tak dia anak siapaa”

“Healing aku time kecik main masak2 dalam kuali buruk mak aku je”

“Another level.. aku umur 20 pun tak pernah me time macam ni”

“Kemain lagi dia tu.. (menangis tepi bucu katil)”

“She living the best life.. Alisa slayyy”

“Ini healing level kayangan laaa dikkk..”

“healing dia perghhh dulu masa kecik2 healing main kawin2 je..”


Video yang tular di laman TikTok:

@haniszalikhaHealing versi gegirl

♬ OHH WHOO IS SHEEEE – idk

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha)

Sekadar rekod, Hanis berkahwin dengan aktor Hairul Azreen pada Jun 2015 dan dikurniakan sepasang cahaya maya iaitu Yusuf Iskandar, 5, dan Alisa Aisyah, 3