Lempar Makanan Kepada Komuniti Bajau Laut, Zoey Rahman Tampil Mohon Maaf

Siapa yang pernah bercuti ke Semporna, Sabah pasti mengetahui kehadiran orang suku kaum Bajau Laut yang hidup dan tinggal di persisiran pantai itu. Mereka juga sebenarnya masih jauh ketinggalan daripada peredaran zaman yang serba moden. Untuk pengetahuan anda, kaum ini tidak mempunyai taraf mana-mana warganegara.

Pelakon dan pengacara terkenal Zoey Rahman atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar bin Abdul Rahman ini telah memuat naik video memaparkan percutiannya ke Semporna, Sabah bagi melawati suku kaum baju laut itu.

Menerusi video yang dimuat naik olehnya di laman TikTok, dilihat Zoey meluahkan rasa sedih dan sebak dengan nasib kaum tersebut.  Malah dia juga mengalirkan air mata dengan keadaan mereka yang berebut untuk mendapatkan makanan. Apa yang menjadi perhatian netizen ialah Zoey yang sedang mengagihkan makanan kepada kaum Bajau Laut di atas bot itu dengan cara mencampakkan makanan tersebut.

Walau bagaimanapun, perkongsian tersebut juga membuatkan pelakon ini sedih apabila seorang warga tua datang meminta makanan namun makanan yang dibawa tidak mencukupi.

“Saya nampak ibu ni, meminta makanan. Minta maaf sangat-sangat, tak dapat bagi apa-apa pada ibu, sebab semua dah habis” tulisnya.

Dalam pada masa yang sama, pelakon ini menjelaskan bahwa dia terpaksa berbuat demikian dan sememanganya tidak mempunyai niat sebegitu kerana bimbang akan keselematan mereka yang berada di atas bot.

“Bukan sengaja nak lempar makanan mcm tu, Kalau tak lempar, yang belakang tu tak akan dapat, Kalau bagi satu2 Nanti diorg akan naik atas bot,Siapa yang pernah sampai kesini pasti tahu situasinya. Tp apa2 pun diorg sangat baik . Cantik2 & handsome2..”

“Kadang2 kita rasa Takut Sbb mereka terlalu Agresif. Sy tahu mmg tak Sopan, Bila baling makanan mcm tu, tp kami terpaksa.” tulisnya.

Susulan isu tersebut, Zoey tampil di laman Instagramnya dan memohon maaf atas khilafnya yang melontar makanan sewaktu melawat komuniti Bajau Laut di Pulau Mabul, Sabah itu.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet telah mengkritik dan mempersoalkan tindakkan Zoey Rahman yang mencampakkan makanan. Tambah mereka lagi, walaupun mereka susah dan keaadan darurat haruslah kena dengan cara.

Antara komen warganet:

“Nanti bagi elok-elok ye dik..sian mereka…memang mereka tu susah..darurat macam mana pun..biar kena cara..semoga murah rezeki zoey..”

“Lempar macam tu je makanan..”

“Turut bersimpati tengok mereka…senduh hati melihat ibu itu terkenangkan alm nenek saya..”


” Kalau ye pun jangan lah lempar macam tu..kesian tengok bagi kat tangan lah..”

“Aku tak tahu lah..memang kena baling camtu ke..”

Perkongsian yang tular:

@zoeyrahman Semoga ibu2 suku #bajaulaut sentiasa diberi kesihatan & kebahagian. Amin ❤️💐 #fyp #fypシ #belijiwa #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #bajau #mabul ♬ Sholawat Sedih – Yabadrotim – Ai khodijah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZOEY RAHMAN (@zoeyrahman)