Lelaki Minta Gambarnya Disunting Agar Kelihatan ‘Sempurna’, Komen UAI Pula Buat Ramai Sebak!

Pada zaman yang serba canggih ini, banyak yang boleh di ’edit’ dengan menggunakan applikasi tertentu bagi menjadikan sesebuah gambar itu lebih cantik.

Seperti yang ramai daripada kita tahu, wujud satu kumpulan yang mencuit hati di Facebook iaitu Edit Apa Hari Ni?.

Manakan tidak, Lain yang diminta, lain pula hasil gambar kita ‘digasak’ oleh para warganet. Boleh dikatakan suntingan gambar yang dilakukan oleh rakyat Malaysia ini kreatif belaka.

Pun begitu, tidak semua permintaan ahli group boleh dipandang remeh apatah lagi bila melibatkan isu sentimental seperti keiinginan untuk mendapatkan zuriat ataupun melihat gambar ahli keluarga yang sudahpun pergi buat selama-lamanya dan seumpama itu.

Bagaimana pun, suasana riang di group tersebut bertukar hiba apabila seseorang daripada ahli yang juga mempunyai ‘kekurangan’ dari segi bentuk badan meminta agar gambarnya disunting agar dia kelihatan ‘sempurna’.

Dapat kita lihat, lelaki yang bernama Faiz Noor itu memuat naik gambar keluarga dimana dirinya sedang berada di sebelah isteri yang sedang hamil bersama dua lagi anak kecil mereka.

Kelihatan mereka lengkap berbaju sedondon berwarna kuning dan penampilan tersebut seakan berbaju raya.

“Boleh tak edit badan saya sempurna macam orang normal…teringin sangat nak tengok,” katanya disusuli ’emoji’ senyum.

Perkongsian tersebut bukan sahaja mendapat perhatian warga maya malah penceramah bebas dari Terengganu iaitu Ustaz Azhar Idrus (UAI) turut meninggalkan komen di perkongsiannyaa.

“Alhamdulillah saya lihat awak dah sempurna..tak perlu edit lagi,” ujarnya

Bagaimana pun, ada dikalangan rakyat Malaysia yang prihatin bagaimana pun menyunting gambar lelaki tersebut dan hasilnya cukup membuat ramai kagum malah secara tidak langsung dapat menggembirakan hati lelaki tersebut. Memang kreatif betul!



Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mendoakan agar Faiz Noor diberikan kesihatan yang baik malah akui dia sudah cukup sempurna jika tidak disunting.

Bukan itu sahaja, netizen juga berterima kasih pada rakyat malaysia yang menyunting gambar lelaki tersebut dan meralisasikan permintaannya.

Antara komen netizen:

“Awak dah sempurna jadi adik ipar akak.. syukur Alhamdulillah”

“Mungkin fizikal faiz tak sempurna seperti orang lain tapi semangat dan kerajinan faiz sangat luar biasa”

“Pertama kali dalam sejaram group ni kita sedih berjemaah, selalu ketawa je”