Lelaki Hampa Beli Sandwic Di 7 Eleven, Nampak Sedap Rupa-Rupanya Isi Dalam Hidup Segan Mati Tak Mahu

Sejak kebelakangan ini memang banyak aduan daripada pembeli yang mengatakan seolah-olah ditipu oleh peniaga disebabkan makanan yang dibeli tidaklah sepadan dengan harga yang dikenakan.

Iospital phone repair gombak

Ramai menyuarakan isu ini di seluruh platform media sosial sebagai iktibar namun peniaga di luar sana sama sekali tidak endah malah terus berniaga tanpa sifat kejujuran menyebabkan ianya terus berlanjutan. Lebih mengejutkan apabila isu ini turut berlaku di premis besar!

Seperti yang dikongsikan oleh seorang pemuda bernama Zakwan Rahpal di TikTok, dia meluahkan rasa kesalnya terhadap sandwic yang baru dibelinya di 7 Eleven.

“I beli sandwic, so nampak daripada tepi ni uhhh mantap, syahdu. Lepas tu aku bukak-bukak, lahhh (inti) crab stick dia takat tu je?

“Lebih baik tak payah letak lah, hidup segan mati tak mahu je crab stick ni. Hampa kita wak, tapi tak apa lah,” katanya dalam nada kesal.

Bagaimanapun, lelaki ini memberitahu pihak 7 Eleven telah pun meminta maaf atas isu berkenaan malah meminta orang ramai agar tidak memboikot kedai serbaneka tersebut.

Sejak video luahan berdurasi 17 saat ini dimuat naik, ianya meraih perhatian ramai sehingga mengumpul jumlah tontonan sebanyak 644.7 ribu dan mendapat 57.5 ribu tanda suka!

Melihat reaksi warganet di ruangan komen, rata-rata ikut bengang selepas melihat keadaan sandwic yang dikatakan hidup segan mati tak mahu itu. Warganet turut mempersoalkan bagaimana peniaga di luar sana tergamak menganiaya pembeli sedemikian rupa.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh warganet di TikTok

“@7-Eleven Malaysia already apologized for this issue and rectifying the issue. I don’t blame 7E but the supplier.”

“bukan stakat crab spread dia, sayur pun… 😂😂”


“tak faham macam mana orang boleh sanggup jual camni 😭😭😭😭😭”

“Roti 95% fillings 5%”

“literally mcm makan roti kosong je 😭”

Video yang tular di laman TikTok

@zakwanrahpal_Hampa hati kita wak tapi takpe la 🥺♬ original sound – zakwanrahpal