Lelaki Didenda RM900 Kerana Sebut ‘AllahuAkbar’ Di Switzerland

Seorang lelaki Muslim telah didenda £ 170 (~RM900) di Switzerland kerana menyebut ‘Allahu Akbar’ di khalayak ramai ketika dia berjumpa seorang sahabat, lapor DailyMail.

Lelaki yang berusia 22 tahun, yang dilaporkan di media Switzerland sebagai Orhan E., telah menyebut ‘Allahu Akbar’ – yang bermaksud ‘Tuhan adalah yang Maha Besar’ dalam bahasa Arab – pada bulan Mei tahun lepas.

Polis di bandar Schaffhausen menahan lelaki itu dan menuduhnya telah menimbulkan gangguan awam.

Menurut pihak polis, mereka mempertahankan tindakan yang mereka lakukan dengan mengatakan mereka akan bertindak dengan cara yang sama jika ada orang yang mengeluarkan kata-kata kesat, lapor surat kabar tempatan Schaffhauser Nachrichten.

Orhan berkata, dia telah ditahan oleh polis dengan memeriksanya jika ada memiliki senjata selepas mengatakan kata-kata itu dengan kuat apabila dia terkejut semasa berjuma rakannya.

Beliau memberitahu,

“Tiba-tiba pegawai polis menelefon saya, dan dia bertanya apa yang saya maksud dengan ungkapan itu.”

Orhan menjelaskan bahawa dia tidak bermaksud jahat, dengan berkata,

“Kami menggunakan ‘Allahu Akbar’ sebagai ucapan dan hampir setiap kalimat lain. Saya takut masuk penjara jika saya tidak membayar denda. Saya dilahirkan di sini dan saya tidak pernah mengalami apa-apa seperti itu.”

Beliau telah diberikan denda 150 franc Swiss dan diperintahkan untuk membayar 60 lagi kos, dengan jumlahnya sehingga 210 franc (£ 170).

Seorang jurucakap polis berkata,

“Pada masa itu ada kemungkinan bahawa orang boleh menjadi takut.”

Pegawai itu perlu memeriksa keadaan tersebut kerana frasa yang sama pernah digunakan di dalam insiden yang melibatkan kegganasan pada tahun sudah, kata mereka.