Lebih 500 Kenderaan Cuba Rentas Negeri Mahu Balik Kampung Diarah Patah Balik

Perutusan khas Perdana Menteri pada 10 Mei lalu menegaskan di mana perjalanan merentas negeri bagi sambutan hari raya tidak dibenarkan.

Namun begitu, masih terdapat dalam kalangan masyarakat yang tidak mempedulikan arahan pihak berkuasa untuk tidak pulang ke kampung selepas perjalanan rentas negeri selama empat hari berakhir 10 Mei lalu.

Lebih 500 kenderaan beri alasan tidak munasabah

Memetik laporan Malaysia Gazette semalam, lebih 500 buah kenderaan didapati tidak mempunyai alasan munasabah.

Antara alasan yang diberi seperti hendak balik kampung untuk merentas negeri dan mereka telah diarahkan untuk berpatah balik.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga semalam pihak berkuasa hanya menggunakan budi bicara, memberi amaran dan masih lagi ‘berlembut’ dengan golongan ini.

Kompaun serta merta jika langgar SOP 

Walaubagaimanapun, selepas bermesyuarat pagi ini katanya dan kerajaan telah memutuskan untuk mula mengenakan kompaun serta merta.

Kompaun bakal dikenakan kepada mereka yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan cuba merentas negeri untuk tujuan balik kampung.

“PDRM (Polis DiRaja Malaysia) telah meminta kereta-kereta ini untuk patah balik, beri nasihat, budi bicara serta masih berlembut sehingga semalam”.

Beri alasan mahu balik kampung

“Ada 508 buah kereta cuba rentas negeri semalam dengan alasan mahu balik kampung” ujar beliau.

Kelihatan kenderaan yang tidak mempunyai kebenaran untuk meneruskan perjalanan diarahkan untuk membuat pusingan ‘U’ oleh Anggota Polis dan anggota Angkatan Tentera Malaysia pada sekatan jalan raya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 susulan penularan Wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Lebuhraya Persekutuan, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 01 APRIL 2020

“Tetapi selepas bermesyuarat tadi, kita buat keputusan untuk mengenakan kompaun untuk sesiapa yang langgar SOP PKPB ini”.

“Sebenarnya duit kompaun ini boleh gunakan untuk perkara lain, jadi nasihat saya janganlah sampai kena kompaun,” katanya dalam sidang media harian mengenai PKPB hari ini.

72 individu ditahan langgar SOP

Sekain itu juga, Ismail Sabri berkata, PDRM telah menahan 72 individu atas kesalahan melanggar SOP yang mana 60 daripadanya telah direman manakala 12 lagi telah dijamin.

“Kita ingatkan sekali lagi supaya mengikuti SOP dan peraturan yang telah ditetapkan” tegas beliau.

“Kerjasama dan displin diri daripada anda semua sangat penting dalam memerangi pandemik Covid-19 ini,” katanya.

Sambutan hari raya pada kali ini memang berbeza dari tahun sebelumnya kerana semua rakyat Malaysia perlu patuhi SOP yang ditetapkan.

Disamping itu, slogan “kita mesti menang” harus diteruskan dan selari dengan tindakan kita supaya kita menang menengtang Covid-19.