Lara Alana Sudah Kena Cukai Semasa Umur Setahun! Ini Puncanya..

Siapa yang tidak kenal dengan artis cilik yang sangat comel Lara Alana. Anak kepada pelakon dan pengacara Awal Ashaari dan Scha Al Yahya ini telah mula dikenakan cukai pendapatan oleh LHDN, menurut Awal.

Malah menurut Awal cukai yang dikenakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sejak Lara berusia setahun lagi.

Katanya Lara ketika Lara berusia setahun, Awal dan Scha sudah pergi ke LHDN dan dimaklumkan bahawa Lara sudah dikenakan cukai kerana mempunyai pendapatan sendiri.

“Lara mula bayar cukai sejak umur setahun. Kami pergi ke LHDN dan dimaklumkan dia dikenakan cukai sebab sudah ada pendapatan sendiri. Jadi, kena buka fail.”

Lara juga sudah mempunyai pengikut di laman sosial yang sangat ramai terutamanya di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

Yes he’s inside the pool!

A post shared by Lara Alana Ahmad Awaluddin (@laraalanaa) on

“Ramai pengikut di media sosial bertanya dan mempertikaikan kenapa Lara dikenakan cukai sebab dia masih kecil.

Bagi Awal perkara itu bukanlah beban kerana ianya sudah menjadi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk melunaskan cukai terhadap negara.

“Saya berasakan ia bukan beban kerana pendapatan yang diperoleh itu hasil daripada pekerjaan dilakukan, jadi kena bayar sedikit sebagai cukai. Sama juga macam saya dan isteri. Tidak fikir pun soal mereka nak kenakan kita. Ini adalah tanggungjawab untuk bayar,” katanya.

Menurut isterinya, Scha pula berpendapat golongan selebriti perlu ada persefahaman dengan LHDN dan perlu menjelaskan cukai.

 

View this post on Instagram

 

What a perfect dress for a🦄 theme party. Thank you Auntie @nikolahassan The dress is Lit. #LAsayTQ

A post shared by Lara Alana Ahmad Awaluddin (@laraalanaa) on

“Isu sekarang adalah bayar atau tak saja. Cuma, kita kena ada persefahaman dengan LHDN. Kadang kala mereka tidak tahu kehidupan sebenar selebriti.”