Lan Solo Hanya Sempat Merasa Minggu Pertama, Ini Markah Penuh Peserta MLS

Malam tadi baru minggu pertama Muzikal Lawak Superstar musim kedua (MLS2) yang menyaksikan kumpulan Leklu tersingkir.

Kumpulan Leklu ini dianggotai oleh Lan Solo, Jaly School of Lawak dan Lewan Lopez terpaksa akur dengan keputusan itu.

Menerusi laporan Gempak, mereka tetap positif dan berterima kasih kerana diberi peluang berada di pentas MLS2.

Selain Leklu, Zuzuzu dan Zombi juga turut berada dikedudukan terendah.

Kumpulan Viral yang dianggotai oleh Ali, Mamak dan Roy Azman pula boleh menarik nafas lega apabila mereka berada ditangga teratas dengan markah 43.49%.

Berikut merupakan markah penuh bintang-bintang MLS2 di minggu pertama.

1.VIRAL – 43.49%

2.U.N.I – 42.90%

3.ABC – 42.29%

4.PUPPET – 35.76%

5.MASHUK – 33.74%

6.HEART – 29.74%

7.STAMP – 29.22%

8.JBORN – 26.95%

9.TERUNA – 25.75%

10.JAGO – 21.75%

11.GOJES – 21.51%

12.ZOMBI – 21.24%

13.ZUZUZU – 21.07%

14.LEKLU – 17.93%

Sementara itu, Viral juga dipilih sebagai penerima Superstar of The Week.

MLS2 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).