“Lama tunggu saat ni…” Buat Kejutan Untuk Suami Di Paris, Mawar Rashid Umum Hamil Anak Ketiga

Siapa yang tidak kenal dengan seorang pelakon jelita Mawar Rashid ini? Namanya mula menjadi perhatian ramai apabila berjaya membawakan peranan antagonis sebagai watak Elfira dalam drama adaptasi novel ‘Tundukkan Playboy Itu’ malah dia pernah memenangi anugerah Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 pada tahun 2020.

Walaupun Mawar Rashid atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Binti Wan Abdul Rashid ini masih aktif dalam bidang lakonan, namun dia dilihat sudah lama tidak muncul di akaun sosial peribadi miliknya.

Terbaharu, siapa sangka pelakon ini telah mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak ketiga.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik olehnya di laman Instagram, dia telah merakamkan detik-detik dimana dirinya yang telah mengharungi kesukaran sewaktu trimester pertama sehingga terpaksa ke hospital dan tolak tawaran kerja.

“Syukur alhamdulillah, terima kasih mendoakan yang baik-baik. Mawar doakan juga kepada ibu bapa yang masih menanti untuk mendapatkan cahaya mata, dipermudahkan dan dimakbulkan Allah SWT hajatnya. Insyallah amin,” tulisnya di ruangan kapsyen.


Di dalam video tersebut juga, Mawar sempat berkongsi cerita bagaimana dia melalui fasa-fasa ketika mula-mula mengetahui dikurniakan rezeki zuriat.

“Lama Mawar tak update story, sampai terpaksa pergi hospital sebab severe dehydration…Tak boleh makan dan minum, sakit kepala sampai terbaring. Terpaksa tolak job, diuji dengan anak-anak pula demam lama berkali-kali…”

“Namun dalam kepahitan ada kemanisannya. Mawar dapat tahu ada satu lagi denyutan jantung di dalam badan Mawar. Pelan nak kejutkan Raf di Eropah” ujar Mawar.


Apa yang menarik perhatian ramai apabila pelakon ini juga memberikan kejutan buat suaminya Raf Yaakob disaksikan panorama indah Menara Eifil di Paris. Bahkan, Mawar juga memaparkan reaksi rakan selebriti seperti Emma Maembong, Janna Nick, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel serta rakan dan keluarganya ketika melihat ujian kehamilan.


Meninjau di ruangan komen, rakan selebriti dan warganet turut mengucapkan tahniah kepada Mawar Rashid dan suaminya Raf Yaakob. Bukan itu sahaja, mereka juga tumpang gembira dengan berita kehamilan tersebut.

Antara komen rakan selebriti dan warganet:

“congratulations mekwa sayang. alhamdullilah.. i love youuuu”

“Tahniah…tumpang juga minta doakan giliran sy pula dikurniakan zuriat..”

“Tahniah. Semoga diberi kekuatan mengharungi hari2 mendatang~”

“congratulation and take care mommy mawar..”

 

Perkongsian yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

Sekadar info, Mawar Rashid telah mendirikan rumah tangga bersama Raf Yaakob yang juga merupakan adik kepada cef selebriti terkenal, Dato’ Fazley Yaakob pada 9 November 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki Raden Muhammad Rafael dan seorang anak perempuan Raden Seri Rosabella Cinta.