Tidak dinafikan terdapat pelbagai manfaat yang boleh diperoleh dengan wujudnya kemudahan pengangkutan awam.
Dengan adanya pengangkutan awam seperti bas, LRT, MRT, Monorel dan BRT ini, orang ramai mampu menjimatkan masa dengan mengelakkan kesesakan lalu lintas dan menjimatkan wang.
Walau bagaimanapun, kadang kala waktu ketibaan pengangkutan awam yang tidak menentu membuatkan para pengguna terkejar-kejar dan ada bagusnya juga kerana boleh dianggap sebagai ‘workout’ pagi!
Sama seperti video yang telah dikongsikan di laman Twitter baru-baru ini yang memaparkan gelagat pengguna MRT berlari berpusu-pusu masuk ke dalam gerabak telah meraih tumpuan ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna @payottt itu, kelihatan ramai pengguna MRT itu berlari ke arah gerabak MRT di seberang dengan berlari demi mengelakkan kelewatan.
Apa yang menarik perhatian ramai ialah ramai pengguna dilihat baru sahaja keluar daripada gerabak MRT lalu terus berlari ‘tak cukup tanah’ ke arah gerabak di sebelahnya.
Difahamkan, video tersebut dimuat naik sebagai salah satu ‘reply’ terhadap satu ciapan gerak kerja dan pembaharuan Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke berkenaan infrastruktur Aliran Transit Ringan (LRT).
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dan kagum dengan gelagat larian pengguna MRT itu.
Bukan itu sahaja, ada juga individu yang meluahkan rasa simpati terhadap warga emas dan juga orang kelainan upaya (OKU) yang terpaksa berhadapan kesukaran dalam menaiki atau menuruni tingkat demi tingkat di beberapa stesen kemudahan awam yang mengalami kerosakan lif.
Antara komen netizen:
this akak run like her life depends on it 😭😭😭 GO AKAK pic.twitter.com/KU1SoHrukf
— jad (Taylor’s Version) (@jadbedumb) December 15, 2022
The MRT staff in the control room pic.twitter.com/mvTNr1HqYf
— Skufiang (@skufiang) December 16, 2022
Today @ KTM Kajang…
Berhadapan situasi ni…Sayu hati…lif dah lama rosak…kesian warga emas dan kurang upaya nak naik turun tangga tinggi camni…
Untuk perhatian dan tindakan YB Menteri @anthonyloke pic.twitter.com/ptXm4G6XLS
— P.131- REMBAU (Nasrill Wafiy) 🇲🇾 🇺🇬 (@NovaWhizz_21) December 15, 2022
Ciapan yang tular:
Timing kasi cantik sikit.. penat nk lari hari2😂 pic.twitter.com/VWt2T9ocEJ
— Ikmal Arif (@payottt) December 15, 2022