“Lain macam taste ni” Sempat Rakam Kucing Curi Sebungkus Roti Buat Netizen Geli Hati

Kucing ini merupakan salah satu haiwan yang dijadikan haiwan peliharaan oleh kebanyakan individu kerana sifatnya yang manja.

Iospital phone repair gombak

Aksinya yang bermacam ragam membuatkan ramai terhibur melihatnya.

Misalnya, kucing Apollo yang terkenal dengan kecomelannya kerana gemar memeluk apa sahaja barang yang diberikan dan merajuk pula ketika barang tersebut diambil kembali.

Sama seperti sebuah video yang tular baru-baru ini di mana aksi seekor kucing telah dirakamkan kerana berjaya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nekliddeya itu, dapat dilihat seekor kucing sedang menggonggong sebungkus roti Gardenia.

Kebiasaannya kita sering lihat kucing menggonggong ayam atau ikan, tetapi kali ini lain pula yang dibawanya!

Jarang sekali kita lihat insiden begini berlaku, jadi @nekliddeya dengan segera merakamkan gelagat kucing itu.

Berdasarkan video berkenaan, kucing berbulu gelap itu terkedek-kedek membawa roti di mulutnya.

“Kucing siapa ni curi roti Gardenia? Puas dah makan ikan, cuba makan roti la pula,” tulisnya di video tersebut.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video ini telah berjaya mencecah 2.8M tontonan, 328.6K tanda suka, dan 10.3K komen di laman platform TikTok tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan aksi comel kucing tersebut.

Bukan itu sahaja, ada juga individu yang mencipta monolog antara kucing dan lembu yang berada di kawasan itu.

Antara komen netizen:

“Haha jumpa lg kucing dh rosak😂😂”

“Lembu : Lalu jer cing.??? x bagi² sket ke.? Hareyyy punya kucing😏”


“sy ad kucing mcm ni dl suka ambk mknan org duit org pn dia pndi ambk tp skrg kucing sy dh mti😢”

“kucing aku tu kak hilang beberapa hari yg lalu , pastu boss baru dye suruh gi curi😔roti kat airport tu la pasal”

“Ingat org je ke nk makan roti gardenia..aku cing pun nak makan tau..😁😁😂😂😂”

Video TikTok yang tular:

@nekliddeya Puah doh make ikan.. try make roti la plop 😆 #kucingkampung#fypシ゚viral ♬ Pink Panther Intro – Henry Mancini