Khabar duka mengenai tenggelamnya KRI Nanggala 402 adalah berita menyedihkan bagi seluruh Indonesia.

Di dalam kesedihan, muncul sebuah video kru kapal selam bermain gitar dan menyanyikan lagu berjudul ‘Sampai jumpa’.

Video itu dimuat naik oleh Erix Soekamti, vokalis yang bertanggungjawab mempopularkan lagu itu di media sosial Instagram miliknya.

Menerusi video yang berdurasi 22 saat itu, anda dapat melihat salah seorang kru bermain gitar, sementara yang lain menyanyikan lirik lagu ‘Sampai jumpa’.


“# Prayforkrinanggala402,” kata Erix Soekamti disertai dengan emotikon menangis, seperti dikutip dari kapsyen video di Instagram.

Perkongsian itu tular dan mula dibanjiri dengan komen netizen. Mereka juga mendoakan nasib anak kapal KRI Nanggala 402 yang telah dinyatakan “SUBSUNK” atau lemas.

“Orang-orang yang tenang menghadap Yang Mahakuasa, saudara-saudara dan para komandan. Insya Allah Husnul Khotimah,” kata netizen di ruangan komen.

“Sangat sedih, Ya Allah. Salam Sejahtera kepada Nanggala,” komen netizen lain. “Meremang bulu roma. Al-fatihah,” kata yang lain di ruangan komen.

Sementara itu, di media sosial Twitter, ribuan netizen juga menitipkan doa.

“REST IN PEACE. Dear sea, take care them there, don’t let your water make them cold. Fair Wind and Following Seas, Commence the Eternal Patrol KRI Nanggala 402. Tabah Sampai Akhir,” kata netizen di Twitter.

“KRI Nanggala 402: SUBSUNK = dinyatakan lemas. On Eternal Patrol = membuat rondaan selama-lamanya. Sekiranya bumi bukan lagi pelabuhan anda, semoga syurga menjadi dermaga terakhir anda. # KRINaggala402 # PrayForKRINanggala402, “tulis netizen lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erix Soekamti (@erixsoekamti)

Terdahulu, Tentera Nasional Indonesia (TNI) mengesahkan kapal selam KRI Nanggala-402 yang hilang di perairan utara Bali, telah tenggelam.

Bekalan oksigen 72 jam

Panglima TNI, Hadi Tjahjanto berkata, tanda isyarat tenggelam bagi KRI Nanggala-402 diisytiharkan selepas operasi pencarian dilakukan selama 72 jam.

“Tempoh masa anggaran ketahanan bekalan oksigen bagi KRI Nanggala iaitu selama 72 jam sudah berakhir.

“Malah, kesan tumpahan minyak dan serpihan yang ditemui menjadi bukti asli menuju fasa KRI Nanggala tenggelam,” katanya dalam sidang akhbar.

KRI Nanggala-402 dilaporkan hilang di perairan utara Bali sejak Rabu lalu.

Buatan Jerman bawa 53 anak kapal

Kapal selam buatan Jerman itu membawa 53 anak kapal dilaporkan terputus hubungan selepas melakukan latihan torpedo.

Dalam pada itu, Ketua Staf Angkatan Laut (KSAL), Laksamana Yudo Margono berkata, pihaknya berjaya menemukan serpihan KRI Nanggala-402 termasuk beberapa barang dari dalam kapal selam itu.

Tular whatsapp isteri anak kapal

Sebelum ini, tular di media sosial dengan tanda pagar #prayforNanggala402 perkongsian daripada isteri salah seorang anak kapal yang menerima 1.4 juta tontonan.

@megdhiKuat yaa sayang, cepet pulang istrimu menunggu dirumah 😇##prayforNanggala402♬ Tetap Untukmu – royraditt

Dimaklumkan yang pasangan ini baru dua bulan mendirikan rumah tangga. Wanita ini juga turut berkongsi rakam layar perbualan suami isteri ini menerusi WhatsApp.

Wanita ini memberikan semangat dan dorongan buat suaminya. Di akhir perbualan, dia mahukan suaminya harus pulang kerana dia sedang menunggu di rumah.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen dari Indonesia dan Malaysia memberikan dorongan dan semangat agar terus kuat.

Paling banyak mendoakan anak kapal selam itu cepat ditemui dalam keadaan selamat.

“Bismillah, doa kami menyertai seluruh anak kapal KRI Nanggala 402”

“Semoga mereka cepat ditemui. Salam dari Malaysia. Kuat semangat ya. Kita semua doakan yang terbaik.

“Ya Allah, selamatkan beliau. Aada anak dan isteri yang setia menunggu.”

“Allahu sedihnya kak. Semoga dipermudahkan segala urusan pencariannya.”

“Ya Allah Ya Mujib, semoga mereka semua ditemui dalam keadaan yang selamat. Doa yang baik-baik di bulan dan hari yang baik.”

“Ya Allah, semoga mereka baik-baik sahaja dan cepat ditemui. From Malaysia.”

"Your favorite story, whatever it might be, was written for one reader." Brian Bloom, 5 to 7.