Kongsi Rezeki Dengan Burung Gagak, Tindakan Mulia Wanita Ini Raih Pujian Ramai!

Tidak kiralah agama apa sekalipun namun kita semua diajar untuk berbuat baik bukan hanya sesama manusia bahkan dengan binatang. Berbuat baik dengan binatang ini sangat umum contohnya tidak menganiaya haiwan, membantu binatang yang dalam kesusahan, dan juga berkongsi rezeki dengan mereka seperti memberi makan.
Iospital phone repair gombak
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki terharu melihat gelagat salah seorang pelanggan di kedai makan yang berkongsi rezeki dengan seekor burung gagak.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh @nazlyofficial di laman TikTok, dapat kita lihat suasana di Restoren Nasi Kandar yang pada awalnya tenang bertukar kecoh apabila seekor burung gagak masuk ke dalam kedai.

Pun begitu, apa yang membuatkan ramai tersentuh apabila seorang wanita yang langsung tidak lari apabila burung tersebut datang ke mejanya malah melayan sahaja karenah serta sempat berkongsi rezeki dengan binatang tersebut.


Kagum dan terhibur dengan gelagat mereka, pelanggan lain yang turut menyaksikan perkara itu turut sempat merakam kejadian tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata wraga netizen kagum melihat reaksi wanita tersebut yang langsung tidak kedekut dengan makhluk tuhan.

Bukan itu sahaja, netizen juga mendoakan agar itu menjadi salah satu asbab pintu rezeki wanita ini terbuka luas.

Antara komen warga maya:

“Rezeki Allah hantar suatu hari nanti.. ”

“Haiwan ter bau keberkatan rezeki kita”


“Bukan senang burung liar nak makan atau dekat dengan kita.. sis insan terpilih..”

“Baik nya hati.. kena contohi..”

“Terbaik la.. tak halau pun burung tu..”

“Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain atau makhluk lain juga.. semoga akak diperluaskan rezeki..”

“Seronok nya dapat share makanan dengan burung.. burung pun tau nilai seseorang tu..”


Video yang tular di laman TikTok:

@nazlyofficial #hambaallah #muasabahdiri #mahlukAllah ♬ Lagu Sedih – Muhammad abdul jafar