Kongsi Detik Pertama Penghijrahan, Mia Ahmad Buat Netizen Kagum

Boleh dikatakan, setiap individu mempunyai kisah penghijrahan masing-masing. Ada yang mendapat hidayah ketika menunaikan umrah bahkan ada juga yang tiba-tiba sahaja terdetik mahu berubah ke arah yang lebih baik.

Namun, perkara paling penting dan amat sukar untuk dilakukan adalah ‘istiqamah’ melakukan kebaikan.
Iospital phone repair gombak

Terbaharu, pelakon Mia Ahmad yang terkenal dengan watak Yuhanis menerusi drama Hati Perempuan ini telah mencuri perhatian ramai apabila memuat naik satu perkongsian mengenai momen pertama kalinya untuk berhijrah.

Menerusi entri tersebut, Mia Ahmad atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi mengatakan berkat didikan yang diberikan oleh kedua ibu bapanya daripada kecil membuatkan dia nekad untuk mendalami lebih dalam tentang ilmu agama dan memutuskan untuk berhenti berkerja sebagai pramugari.

“Kita semua ada zaman kegemilangan itu. Bagi saya, kisah hijrah saya bermula selepas saya berhenti daripada sebuah syarikat penerbangan dengan uniform skirt merah…”

“Waktu tu saya masih mencari cari diri saya sebenarnya tapi sebab basic pengetahuan ilmu agama yang diberi oleh ibu bapa dari kecik, saya tahu perubahan besar ni akan memberi impact besar juga dalam hidup saya..” katanya.

Tambah isteri kepada pemain bola sepak Izham Tarmizi itu juga, dia menjelaskan turut berdepan dengan cabaran dari segi pendapatan. Namun Mia tetapi percaya dan bersyukur kerana Allah sentiasa memudahkan perjalanan hijrahnya.

“Betullah bila kita menuju ke jalan Allah, satu satu Allah bukakan jalan untuk kita..lepas tu tak berhijab lagi tapi niat tu dah ada cuma kerja dah tak ada waktu tu dengan commitment yang tinggi, hutang credit card lagi nak bayar (waktu spend dulu tak ingat) memang saya lost tapi saya percaya dengan rezeki dan pertolongan Allah S.W.T,” ujarnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut kagum dengan kisah penghijrahannya. Bukan itu sahaja, ada juga yang menitipkan doa agar Mia Ahmad terus istiqomah dan urusannya sentiasa dipermudahkan.

Antara komen warga maya:

“moga Allah sentiasa kurniakan hidayahNya untuk Mia tanpa henti sampai ke akhir usia. Moga diberikan kekuatan untuk terus istiqomah Mia. It is hard. It is. We aim for Jannah. No less. We can do this.”


“may Allah ease your journey babe..”

“love your hijrah journey babe..sila sambung part 2 plish..”

“dulu pernah tengok mia berlakon drama jadi stewardess…masa-masa free hair lagi tapi jatuh cinta ngan mia start dari hati perempuan..”

Perkongsian yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d)