“Kita pernah warning jangan main2 di Tanah Suci,” Caprice Buka Mulut Benda Dah Makan Tuan

Nama Caprice sudah tidak asing lagi untuk didengari kerana ada isu-isu yang berkaitan dengannya sejak dia memulakan misi bantuan kemanusian di Palestin beberapa bulan lepas.

Dia juga pernah meluahkan rasa tidak puas kepada beberapa individu dan juga seorang pendakwah bebas yang disanjung orang ramai ketika ini.

‘Kita Pernah Warning’

Terbaharu, muncul kontroversi tentang seorang pendakwah yang dituduh melakukan gangguan seksual terhadap beberapa suspek.

Namun menurut Caprice sebelum ini dia telah memberi amaran kepada orang ramai tetapi tiada siapa yang menyebelahinya sehingga mengelar dirinya ‘orang gila’.

“Kita pernah warning awal-awal. Jangan main-main dekat tanah suci. Benda tu akan makan tuan dia balik tapi masa tu ramai panggil kita gila. Sekarang siapa yang gila sebenarnya.”

Menerusi akaun Instagram Caprice, dia dilihat memuat naik gambar dengan kapsyen yang seakan-akan memerli sesetengah pihak dengan memberi ‘hint’ kepada warganet.

“Ducati buat motorsikal dengan bagus. Kalau bekas cikgu sekolah bawa mesti st*m.

“Kenapa bunt*t boleh panas? Info saintifik yang kita belajar dekat… sekolah”

‘Jangan Takut Back Up Kita Kuat’

Bukan itu sahaja, malah Caprice turut memberi jaminan kepada orang ramai yang memberi bukti kepadanya akan selamat kerana dia mempunyai ‘back up’ yang kuat.


“Jangan takut. Back up Caprice kuat. InsyaAllah kita akan bantu dengan bantuan pihak berkuasa untuk menempatkan orang-orang seperti ini di dalam penjara.”

Tambah Caprice, dia memohon orang ramai yang mengenali mangsa yang mempunyai pedofilia untuk menghubunginya.

Dia juga akan cuba membantu orang ramai yang mengalami masalah gangguan seksual ini.

 

Sebagai info, pedofilia adalah orang yang mempunyai orientasi seksual yang berterusan terhadap anak-anak.

Dalam pada itu, Caprice turut memuat naik video soalan daripada netizen berkenaan kesahihan sebuah video.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Terdahulu Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli telah bertolak ke Gaza, Palestin untuk memberi bantuan kemanusiaan terhadap para penduduk di sana yang terkesan.

Disebabkan telah mencetuskan isu semasa berada disana, Caprice memohon maaf kepada pembesar, pemimpin dan seluruh rakyat Malaysia di atas segala kesilapannnya kerana terlalu beremosi dalam usaha menjalankan misi bantuan ke Gaza.