Kisah Sedih Di Sebalik ‘The Internet Boyfriend’: Keanu Reeves

Kisah sedih disebalik The Internet Boyfriend: Keanu Reeves

You’re Breathtaking!

“You’re breathtaking!” itulah kata–kata yang dilaungkan kepada Keanu Reeves ketika beliau sedang berucap mengenai permainan video yang akan dibintanginya iaitu Cyberpunk 2077 ketika E3 baru-baru ini.

Sekiranya anda melayari internet sepanjang minggu ini, anda tahu bahawa netizen cukup menyukai dan menggilai pelakon Keanu Reeves hingga menggelarkannya The Internet Boyfriend.

Keanu Reeves ketika ini dipuji kerana etikanya ketika mengambil foto dengan peminat wanita dan selebriti yang lain.

Beberapa gambar beliau mula tular menunjukkan tangan beliau langsung tidak menyentuh atau memegang tubuh mereka yang ingin bergambar dengannya.

Keanu juga cukup dikenali dengan sifatnya yang peramah dan baik hati dan menjalani kehidupan yang sangat sederhana.

Menurut laman web celebritynetworth.com: ‘Selama bertahun-tahun Keanu telah memberikan berjuta-juta dolar kepada amal. Keanu telah menyokong PETA, Yayasan SickKids, Stand Up to Cancer, dan lain-lain. Adiknya, Kim Reeves menghadapi leukemia, dan beliau telah menghabiskan lebih dari $5 juta dolar untuk membantunya dalam memerangi penyakit itu. Keanu juga dilaporkan telah menubuhkan yayasan kanser swasta untuk membantu beberapa hospital kanak-kanak dan penyelidikan kanser. Keanu tidak melampirkan namanya atas mana-mana hadiah beriannya. ‘

Beliau telah membintangi beberapa filem blockbuster seperti francais Bill dan Ted (1989-1991), Point Break (1991), Speed ​​(1994), The Advocate of the Devil (1997), Constantine (2005), dan juga filem yang benar- benar meletakkannya di mata peminat iaitu francais filem The Matrix (1999-2003).

Ketika ini, beliau sangat dikenali sebagai John Wick dalam francais filem John Wick. Beliau juga memegang suara disebalik watak Duke Caboom, mainan stuntman dalam filem Toy Story 4 yang akan datang.

Sehingga 2019, nilai bersih Keanu Reeves dianggarkan US$ 360 juta dolar.

Namun disebalik kejayaannya di Hollywood, tersingkap kisah sedih yang cukup menyayat hati.

Sad Keanu

Reeves dilahirkan pada 2 September 1964 di Beirut, Lubnan dan merupakan anak kepada Patricia Taylor dan Samuel Reeves.

Ketika Keanu berusia 3 tahun, bapanya bertindak keluar dari rumah dan meninggalkan keluarga mereka.

Kali terakhir Keanu bertemu bapanya adalah ketika beliau berumur 13 tahun. Ibunya juga telah berkahwin beberapa kali.

Mereka sering berpindah randah dari satu bandar ke bandar yang lain ketika beliau masih kecil menyebabkan beliau perlu menghadiri pelbagai sekolah di Lubnan, Australia, Kanada, dan Amerika Syarikat.

Pembelajaran beliau juga terganggu oleh penyakit disleksia yang dihadapnya. Pada usia 17 tahun, beliau berhenti belajar dan menjadi seorang pelakon.

Pelakon River Phoenix, yang dikenali Keanu selama beberapa tahun dan menjadi sahabat rapat ketika mereka berlakon bersama dalam filem My Own Private Idaho, meninggal dunia akibat dadah di luar kelab malam Los Angeles pada 31 Oktober 1993. Keanu dan River berusia 23 tahun ketika itu.

Kubur Jennifer Syme dan anak mereka, Ava Archer Reeves

Lima tahun selepas kematian sahabat karibnya, Keanu bertemu dengan Jennifer Syme dan telah jatuh cinta.

Jennifer mengandung setahun kemudian namun setelah lapan bulan dalam kandungan, anaknya yang dinamakan Ava Archer Symes-Reeves mati dalam kandungan.

Pada ketika itu Keanu sedang menjalani penggambaran The Matrix. Peristiwa tragis ini telah menyebabkan hubungan mereka tegang dan mereka berpisah selepas itu.

Dua tahun kemudian pada April 2001, Keanu berduka lagi setelah mendapat berita Jennifer Syme terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia.

Kisah sedih ini tidak terhenti di situ, Keanu juga mempunyai adik bernama Kim Reeves yang menghidapi leukemia.

Namun di sebalik semua kisah sedih ini, Keanu masih lagi seorang yang merendah diri dan positif.

Mungkin ini sesuatu yang kita semua boleh pelajari agar untuk tidak mengalah walau apa yang terjadi dalam hidup ini.

Rujukan: cheetsheet, celebritynetworth, wikipedia, snopes