‘King’ Langgar Penunggang Motosikal, Netizen Mohon PDRM Buru Pemilik Kereta

Kemalangan jalan raya terutama sekali di highway memang sering kali terjadi. Kadang kala orang yang melanggar sama sekali tidak bertanggungjawab ke atas mangsa.

Malah, siap larikan diri akibat sikap pentingkan diri sendiri. Mungkin juga kerana takut dan malas untuk ganti rugi kerosakan yang terjadi terhadap mangsa.

Hari ini, seorang pemandu kereta Perodua Myvi telah melanggar seorang penunggang motosikal. Kejadian dipercayai berlaku di Puchong, Selangor.

Kejadian sempat dirakam oleh dashcam seorang pengguna jalan raya di situ.

Rakaman menunjukkan ‘king of the road‘ tiba-tiba menukar laluan dan melanggar penunggang motosikal yang lalu di sebelahnya.

Selain kesalahan melanggar, pemandu itu juga tidak memberikan lampu isyarat sebelum menukar ke lorong kiri menyebabkan penunggang motosikal hilang kawalan akibat terkejut dengan kedatangan kereta itu.

Apa yang membuatkan netizen lebih geram, pemilik Myvi itu terus memandu keretanya seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Malah, mangsa dilihat dibiarkan begitu sahaja terbaring di atas jalan raya.

Berdasarkan hasil ‘siasatan’ netizen, ada yang beranggapan si pemandu sengaja melanggar penunggang motosikal supaya jatuh dan dilanggar lori.

Sejak rakaman tersebut dikongsi, ianya tular dengan meraih jumlah tontonan sebanyak 20 ribu!

Video yang tular di laman Facebook

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang sakit hati melihat sikap pemandu tersebut. Mereka juga memenuhkan ruang komen dengan gambar kereta tersebut dengan harapan pihak PDRM dapat mengambil tindakan selanjutnya.

Berikut antara komen-komen yang diberikan netizen di Facebook