Khabib Nurmagomedov Dapat Lebih RM40 Juta Bagi Perlawanan Dengan McGregor

McGregor telah dikalahkan oleh Khabib pada kejohanan UFC 229. ‘Submission’ ataupun kuncian ‘rear naked choke’ pada minit ke 3 pusingan keempat membolehkan Khabib untuk meraih rekod kemenangan 27-0.

Berjuta penonton dari seluruh dunia khususnya warga muslim menyambut kemenangan Khabib. Tahukah anda berapa banyak wang yang diterima petinju UFC ini?

Khabib Nurmagomedov dikatakan menerima pendapatan yang melangkaui tujuh angka atau lebih daripada USD10 juta (RM41.571 juta) bagi pertarungan dengan Conor McGregor.

Ini adalah jumlah keseluruhan jika ditambah dengan kutipan bayaran ‘pay-per-view’ bagi perlawanan itu.

Lebih daripada 2 juta orang membeli ‘pay-per-view’ dengan harga AS$74 bagi setiap langganan di Amerika Utara untuk menonton perlawanan bersejarah ini.

Dikatakan jumlah langganan itu telah mengatasi rekod 1.6 juta pembelian untuk pertarungan McGregor yang lepas.

Sebelum ini McGregor meraih AS$100 juta bagi perlawanan tinju dengan Floyd Mayweather. Walaubagaimanapun, McGregor tewas selepas sepuluh pusingan pada perlawanan itu.