“Kereta aku teruk lah jugak” Kereta Dilanggar, Wak Doyok Tolong ‘Rider’ Makanan Raih Pujian Netizen

Kemalangan sememangnya berlaku tidak kira masa dan tempat. Namun, tidak semua mampu mengendalikan situasi kemalangan dengan baik malah ada juga yang kita dengar sampai bergaduh dan menuduh antara satu sama lain siapa yang salah dalam hal tersebut.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan seorang usahawan, personaliti televisyen serta ikon fesyen Malaysia yang terkenal dengan fesyen misai dan janggut yang unik ini. Sebut sahaja nama Wak Doyok, mesti ada yang terlintas tentang sosok seorang lelaki dengan imej ‘gentleman’ dalam berfesyen.

Baru-baru ini, Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan bin Md Nor berkongsi berita di laman Instagram apabila memaklumkan dirinya telah terlibat dalam insiden kemalangan langgar kereta bersama seorang penghantar makanan yang bermotosikal.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik, Wak Doyok menjelaskan ‘rider’ makanan tersebut dipercayai melanggar kereta yang dinaikinya dari arah belakang di Sungai Wang Plaza Bukit Bintang semalam.

“Berlaku satu tragedi petang tadi waktu puncak. Kereta aku di langar oleh rider grab dari arah belakang berhadapan sg wang plaza bb. Kereta aku teruk lah jugak. Tapi takpe lah. Lagi teruk adik rider tu moto dia rosak teruk tangan dia luka2 dan terseliuh bahu nya. Jadi aku settle kan semua semoga dia sihat kembali dan bekerja mencari rezeki. Hati2 di jalan raya.” tulisnya di ruangan kapsyen.

Walau bagaimanpun, penghantar makanan tersebut telah mengalami kecedaraan ringan di tangan dan bahunya terseliuh. Meskipun keadaan kereta agak teruk, Wak Doyok masih sanggup membantu rider tersebut dan menitipkan doa agar individu itu sihat semula.

Susulan insiden berkenaan, Wak Doyok juga berkongsi tangkapan skrinnya di Stories tentang perbualannya bersama penghantar makanan itu yang mengaku kesilapannnya dan memohon maaf.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan Wak Doyok yang tidak mudah melatah dengan insiden itu. Bukan itu sahaja, mereka juga mendoakan agar dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan.

Antara komen warganet di laman Instagram:

“Terbaik wak, semoga yang baik baik untuk wak”


“Semoga dimurahkan rezeki bang doyok, orang baik dah tak ramai..”

“Tindakan yang tepat wak. Terbaik. Semoga menjadi inspirasi kepada yang lain..”

“Terbaik wak..semoga Allah murahkan rezeki wak..love u wak..”

Video yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wak Doyok (@wakdoyok)