Keputusan Pemenang AJL 32 Final 2018

Anugerah Juara Lagu merupakan sebuah rancangan pertandingan yang diterbitkan oleh TV3 yang membariskan lagu-lagu terbaik secara tahunan untuk dipilih oleh juri profesional sebagai lagu terbaik tahunan. Setiap tahun sebuah lagu akan dipilih sebagai Juara Keseluruhan dan diangkat sebagai Lagu Terbaik Sepanjang Tahun.

Selama tiga minggu persaingan yang sengit, 12 lagu mara ke pentas berprestij Anugerah Juara Lagu Ke-32 yang bakal berlangsung pada 11 Februari 2018.

Keputusan itu diumumkan gandingan pengacara Sherry Al Hadad dan Hefny Sahad pada pentas minggu terakhir Semi Final Muzik Muzik 32 (SFMM32) di Sri Pentas 2, Shah Alam.

Dua belas lagu yang layak ke final AJL 32 adalah:

1, Separuh Mati Ku Bercinta ciptaan sepenuhnya Ajai dinyanyikan Dayang Nurfaizah,

2. Sejati (Faizal Tahir/Mike Chan/Azmi Caliph Busker),

3. Menahan Rindu (Ibnu & Gouffran/Wany Hasrita),

4. Tergantung Sepi (Gouffran/Ibnu/Haqiem Rusli),

5. Lebih Sempurna (Syamel),

6. Warkah Untukmu (Hang Nadim/Laq/Ara Johari),

7. Bayang (Alam Harry Khalifah/Patrick Anahonda/Khai Bahar),

8. Jampi (Hael Husaini/Ezra Kong),

9. Aku Yang Sebenar (M Nasir/Ad Samad/Hazama & The Penglipurlara),

10. Amboi (Navigator/Altimet),

11. Aku Cinta (Syamel/Ernie Zakri,

12. Akhirnya Cinta (Ajai/Slen/Salma).

Pemilihan lagu ke final dinilai sepenuhnya barisan juri profesional diketuai Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua juri, AG Coco, Azmeer, Edrie Hashim, Helen Yap, LY dan Pak Ngah.

Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu 32

Juara Lagu AJL 32 – Jampi (Hael Husaini)
Naib Juara Lagu AJL 32 – Sejati (Faizal Tahir)
Tempat Ketiga AJL 32 – Tergantung Sepi (Haqiem Rosli)
Vokal Terbaik AJL 32 – Syamel & Ernie Zakri (Aku Cinta)
Persembahan Terbaik AJL 32 – Altimet (Amboi)