“Kepulangan Ainul terpaksa dirahsiakan sebab..” Ini Nasihat Doktor Kepada Bapa Ainul

Kebelakangan ini bapa kepada adik Ainul, Ahmah Safiuddin sering memberi bayangan bahawa adik Ainul akan pulang ke Malaysia.

Namun, bapa adik Ainul tidak memberitahu tarikh sebenar bila adik comel itu akan pulang. Bapanya juga sering berkongsi video dan gambar adik Ainul yang kelihatan sihat dan ceria.

Turut berkongsi menerusi laman sosial apabila pasangan suami isteri ini sekeping gambar mereka mula mengemas bilik adik Ainul.

Menerusi Harian Metro, Ahmad Safiuddin memberitahu mereka akan merahsiakan tarikh kepulangan adik Ainul ke Malaysia atas nasihat doktor.

Setelah melakukan perbincangan dengan pihak doktor, mereka menasihati adik Ainul tidak berjumpa dengan orang ramai memandangkan beliau masih dalam fasa sembuh dan badannya masih belum kuat.

Tarikh tidak akan diberitahu atas nasihat doktor di sini (London) sebab takut ramai akan tunggu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) nanti”.

Kami akan balik secara senyap-senyap berikutan Ainul dalam fasa untuk sembuh dan badannya masih belum kuat”.

Harap semua orang faham keadaan Ainul, demi mengelakkan anak kami daripada jangkitan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Selain itu, satu perkongsian bapa adik Ainul berkongsi gambar comel Ainul dilaman sosial Facebook yang memberi teka teki seperti mereka mahu pulang ke tanah air.

Disamping itu, satu status Instagram milik ibu Ainul, Nurul Erwani Zaidi memberitahu telah sebulan mereka di bumi London dan berada sebak kerana ia hari terakhir di sana.

“Alhamdulillah, sebulan lebih di Kota London. Hari terakhir berada di London terasa sangat sayu”.

“Nurse semua jumpa Ainul dan beri wish pada Ainul. Semoga kita berjumpa lagi semua. InshaAllah kami pasti akan datang semula ke London”.

Semoga adik Ainul dan semua yang terlibat dipermudahkan urusan mereka dan selamat pulang ke Malaysia.