“Kepala bayi dah keluar..” Akak Polis Jadi ‘Bidan’ Wanita Bersalin Tak Sempat Ke Hospital

Di Kota Kinabalu baru-baru tular kisah seorang wanita terpaksa berhadapan cemas melahirkan bayi di kawasan Dataran Todak kerana tidak sempat pergi hospital. Menurut Halilih Ladjahali, 50, abang ipar kepada wanita tersebut yang dikenali sebagai Pahmah, memberitahu dia dan isterinya menaiki bot ke Jeti Pasar Besar Kota Kinabalu selepas adik iparnya mengadu sakit mahu bersalin. Bagaimana [...]

Semalam, seorang wanita menempuh detik cemas apabila tidak sempat ke hospital dan melahirkan bayi perempuannya di kawasan Dataran Todak, Kota Kinabalu.

Insiden tersebut berlaku pada jam 10.30 malam selepas Pahmah Nastih, 38, dari Kampung Kasuapan, Pulau Gaya, tidak sempat dibawa Ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) Likas.

Menurut abang ipar kepada Pahmah, Halilih Ladjahali, 50, berkata, Pahmah mengadu rasa sakit hendak bersalin sebelum dia bersama isteri bergegas membawanya menaiki bot dari Kampung Kasuapan menuju ke Jeti Pasar Besar Kota Kinabalu.

“Sebaik tiba di jeti, saya cuba mendapatkan kenderaan untuk pergi ke HWKKS, namun keadaan di kawasan itu lengang kerana tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Pada masa sama, saya meminta bantuan anggota polis sedang bertugas menguatkuasakan PKP untuk menghubungi ambulans,”

Kepala sudah kelihatan

Walau bagaimanapun, ketika dia bersama isteri memapah Pahmah menuju ke jalan utama, Pahmah mengadu sakit perut hendak bersalin.

“Isteri saya kemudian menenangkannya dan kebetulan dua anggota polis termasuk seorang anggota wanita yang sedang membuat rondaan terus menghulurkan bantuan.

“Tidak lama selepas itu, isteri saya memaklumkan kepala bayi sudah kelihatan sambil anggota polis wanita terbabit membantu Pahmah bersalin di kawasan Dataran Todak,” katanya.

Ambulans tiba

Beberapa minit kemudian ambulans dari HWKKS tiba dan membawa Pahmah bersama anak perempuan yang selamat dilahirkan.

Halilih dan isteri tinggal serumah bersama Pahmah dan ketika itu suaminya tiada di rumah kerana keluar ke laut menangkap ikan.

“Alhamdulillah, doktor memaklumkan Pahmah dan anaknya dalam keadaan baik dan stabil,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, ketika kejadian itu, dua anggota polis termasuk seorang anggota polis wanita sedang membuat pemantauan dan rondaan di sekitar kawasan Pasar Besar Kota Kinabalu dan Dataran Todak bagi menguatkuasakan PKP.

Beliau berkata anggota polis wanita itu segera membantu dengan ditemani kakak wanita terbabit dan wanita itu selamat melahirkan bayinya sebelum dibawa ke hospital.