“Kenapa tak jual mahal sebab kami artis?” Che Ta Tampil Perjelas Isu Harga Inai RM15

Seiring dengan peredaran zaman, pemakaian inai telah menjadi salah satu ‘trend’ di mana semua masyarakat di Malaysia sudah tidak lagi kekok untuk turut cuba memakai henna di tangan mereka.

Inai sering kali digunakan oleh wanita ketika menghadiri majlis keraian seperti pertunangan, perkahwinan, persandingan atau acara lain dengan tujuan tampil lebih menarik.

Sebelum ini juga banyak tular dengan isu inai selebriti di laman sosial. Namun inai jenama pelakon jelita oleh Rozita Che Wan ini tidak terlepas dari menjadi perbualan hangat netizen.

Baru-baru ini beberapa perkongsian video yang dimuat naik oleh Rozita Che Wan juga mencuri perhatian netizen. Walau bagaimanapun, jualan Inai Che Ta mendapat sambutan ramai oleh peminatnya.

Che Ta juga meluahkan rasa terharu dan bersyukur masih ada lagi pengikutnya yang tidak putus-putus menyokong.

Menerusi video yang dimuat naik Che Ta, netizen mempersoalkan harga inainya itu begitu murah.

Berasa hairan dengan sikap sesetangah peminatnya, Che Ta mengatakan dia ingin pembeli merasa gembira dengan produknya kerana harga tersebut mampu dimiliki. Oleh sebab itu dia hanya menjual dengan harga RM15 walaupun ada inai di pasaran yang menjual dengan harga sebaliknya.

“Hampa ni dok tanya kami kenapa tak juai mahai sebab kami artis, adoiiii…dahlahhhh tuu hampaaa, okaylah kan 15 hengget jaaaa!! Hampa happy pakai, kami pun happy…kang mahai mahai tak dan nak nopap setiap bulan. Ke hampa nak kami naikkan jadi 29? #inaiCheTa”  tulisnya di ruangan kapsyen.

Di dalam video yang lain, Che Ta juga meluahkan yang dia tidak pernah menyibuk hal orang lain. Dia juga menjelaskan tiada spekulasi di antara artis yang lain.

Tambahnya, dia tidak pernah merasakan inainya itu bagus dan membandingkan inainya dengan jenama yang lain.

“Kalo hampa perasan, kami tak pernah pun kaco orang. Kami tak dan nak amik tau pasai orang, kami dok fokus dengan qeja kami jaaa. Kami sibuk dengan shuting, kami busy dengan inai Che Ta itu dan ini. Sudah sudahlah tu, kami ok ja sesama rakan artis, takdak pun kami gaduh ka apa kak” ujarnya lagi.


Video yang tular:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)