“Kenapa BM Gred B?” Ibu Hairan Anak Dapat Semua ‘A’ Kecuali Satu Subjek, Jawapan Selamba Si Anak Buat Ramai Terdiam

Seperti yang kita sedia tahu, ibu bapa Asia amat menitik beratkan pendidikan. Sehinggakan, kecut perut dibuatnya nak bagitahu keputusan peperiksaan.

Iospital phone repair gombak

Tapi, kalau dah cemerlang, cuma satu sahaja lagi subjek yang tidak dapat A, mereka masih mempersoalkan perkara berkenaan.

Persis situasi yang dialami oleh kanak-kanak perempuan ini apabila ditanya ibunya sehingga mencetus ketawa ramai!

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @nurhafzan6644, puterinya bernama Dhia itu peroleh keputusan semua cemerlang kecuali satu subjek.

Subjek tersebut adalah Bahasa Melayu. Hairan dengan 1 gred B yang ada di dalam slip keputusan berkenaan, dia bertanya kepada anaknya itu.

Bagaimanapun. jawapan Dhia membuatkan si ibu dan juga seluruh wargamaya terkedu.

“Sebab saya ore Kelantan bukan orang Melayu”. jawab si cilik itu selamba.

Selepas mendengar jawapan Dhia, wanita itu ketawa kecil dan enggan memarahi anaknya. Malah dia memberikan sokongan kepada anaknya itu untuk lebihkan latihan pada subjek berkenaan.

Sejak momen lucu ini dikongsikan pada minggu lalu, ianya berjaya meraih sehingga 776.4 ribu jumlah tontonan serta mendapat 60.6 ribu tanda suka!

Ketika membuat tinjauan ke ruangan komen, rata-rata terhibur dengan respons yang diberikan si cilik ini. Malah jawapannya dianggap ‘win‘!

Dalam pada itu, tak kurang juga wargamaya yang memuji kecerdasannya dalam menjawab peperiksaan serta mendoakan anak itu.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh wargamaya di TikTok

“Win dik, ore qlate KLu wak karangan mesti campur kot qlate etax 😂😂😂”

“Original daroh kelate ni😂”

“wahhhh… semoga adik membesar dengan baik 🥰”


“kemah jawape dik”

“terhibur aunty nak😂😂😂”

Video yang tular di laman TikTok

@nurhafzan6644 Saya orang kelantan bukan prang melayu 🤣🤣🤣 #budakcerdik #fypシforyoupage #berandatiktok #fyp #fypage #fyppppppppppppppppppppppp #fypplease #kakak #anakomie #dhia ♬ original sound – Kafaym ✅💠