“Kenapa aku baru tahu” Tular Di TikTok, Ramai Terkejut Rupanya Pak Ya Sepahtu Ada Abang Kembar

Siapa yang tidak kenal dengan Pak Ya atau nama sebenarnya Illya Buang Shaharom ni kan? Pernah popular ketika berganding menyertai kumpulan lawak terkenal iaitu Senario yang ditubuhkan pada 1996, kini dia semakin dikenali ramai apabila ‘comeback’ menjadi salah seorang yang menganggotai kumpulan lawak nombor satu negara, Sepahtu.
Iospital phone repair gombak
Tidak dinafikan, kehadirannya dalam Sepahtu Reunion seolah-olah menjadi ‘penambah seri’ malah lakonannya apabila ada sahaja babak ‘sedih’ memang cukup menyentuh perasaan orang ramai. Manakan tidak, sedih dicampurkan dengan ‘puncline’, memang terbaik!

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana dia mendedahkansatu perkara yang ramai orang tidak tahu tentang dirinya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh sorang pengguna TikTok iaitu @Usoppgahai, kelihatan Pak Ya sedang bersama seorang lelaki yang sangat seiras dengannya. Lihat sajalah dari segi bentuk badan, warna kulit, rupa wajah, misai dan janggut mereka, benar-benar serupa.

Siapa sangka, rupa-rupanya Pak Ya memang mempunyai abang kembar yang bernama Yang Sharkawi Shaharum. Difahamkan, di dalam video tersebut Pak Ya memakai T-shirt berwarna putih manakala kembarnya pula memakai T-shirt berkolar berwarna biru gelap.

Meninjau di runangan komen, ada juga yang masih tidak tahu mereka Pakya mempunyai adik beradik kembar bahkan ada yang confuse tidak tahu mana satu PakYa.

“Satu PakYa, Satu lagi PakTidak” – Warganet

Bukan itu sahaja, netizen juga tidak terlepas untuk meninggalkan komen-komen lucu termasuklah mengatakan kembar Pakya kelihatan ‘lebih PakYa” dari PakYa.

Antara komen wargamaya:

“Kembar PakYa lebih nampak macam PakYa berbanding PakYa sendiri”


“Kalau aku ada kembar seiras macam ni.. aku nak ajak dia gilir2 masuk ofis.. seminggu aku kerja.. seminggu dia kerja.. gaji bagi 2”

“Sorang Pakya Senario, sorang lagi pakya sepahtu”

“Memang diorang kembar sorang lagi cikgu tak silap”

“Mana satu Pakya ni?”


Video yang tular di laman TikTok:

@usoppgahai #fyp ♬ Loh Eh Eh Kocak – Ari Rubiyanto