Kejar Myvi Dinaiki Suspek, Anggota Polis Maut MPV Terbalik

Bukan mudah memikul tanggungjawab apabila menyarung baju beruniform. Pelbagai risiko harus diambil demi menjalankan tanggungjawab yang disandang dibahu mereka.

Begitu juga dengan kisah mengenai seorang anggota polis berpangkat konstabel maut ketika menjalankan tugas.

Manakala rakan setugas parah selepas kenderaan peronda (MPV) yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan di Jalan Kangkar Tebrau, Kampung Kangkar Tebrau, di sini hari ini.

Kedua anggota polis ini sedang mengejar Perodua Myvi dinaiki dua lelaki

Difahamkan, dalam kejadian pada pukul 6.24 pagi itu, kedua-dua anggota yang bertugas di Balai Polis Dato Onn di sini sedang mengejar sebuah kereta Perodua Myvi dinaiki dua lelaki.

Sejurus sampai di lokasi kejadian, kenderaan MPV telah bergesel dengan kereta suspek sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Perodua Aruz sehingga menyebabkan kereta polis itu terbalik.

Penumpang kenderaan peronda PDRM maut dilokasi 

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau, Pegawai Bomba Kamsani Aswan berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan, tujuh anggota beserta dua buah jentera bergegaskan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan berkenaan membabitkan sebuah kenderaan peronda MPV Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan sebuah kenderaan awam jenis Perodua Aruz”.

“Akibat kemalangan itu, penumpang kenderaan peronda MPV PDRM maut di lokasi kejadian, manakala pemandunya cedera” lapor Kosmo Online.

Anggota yang maut dikenali sebagai Konstabel Nicholester Dadup Anak Unggat.

Mangsa lain dilaporkan turut mengalami kecederaan 

“Turut cedera, pemandu dan seorang penumpang kenderaan Perodua Aruz,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Jelas Kamsani lagi, anggota polis yang maut kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Ismail.

Disifatkan friendly dan suka bergurau

“Salam Takziah kepada keluarga KONST Nicholester Baru Msg Mggu Lepas Nak Servicer Motor Customer yang agak friendly suke bergurau.

“Minta tolong jasa baik jangan sebar gambar2 Mendiang semasa exciden hormati keluarga mangsa.”

Salam Takziah kepada keluarga Konstabel Nicolester Dadup Anak Uggat. Semoga keluarga diberi kekuatan dan ketabahan dengan kehilangan ini.